BMW M sambut ulang tahun ke-50 dengan emblem klasik

oleh Mohamad Hanif|
Bermula tahun 2022, BMW M bakal menawarkan pakej estetik berupa emblem klasik kepada para pembeli model-model tegar M (seperti M3, M4) serta opsyen kos tambahan untuk para pembeli model M Performance.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pakej tersebut merangkumi emblem peringatan yang menampilkan logo asal BMW yang dikelilingi warna aksen putih, merah, ungu dan biru - warna yang biasa dikaitkan dengan jenama M.

Logo ini pertama kali digunakan oleh BMW M menerusi jentera lumba pada tahun 1973, kira-kira setahun selepas penubuhan rasmi divisyen tersebut.

Apakah maksud disebalik warna-warna tersebut?
 

BMW M


Menurut BMW M, warna biru melambangkan BMW itu sendiri, sementara merah pula melambangkan perlumbaan dan warna ungu pula menjelaskan hubungan antara kedua-dua elemen itu tadi.

Warna putih pula sekadar bertindak sebagai warna latar.

BMW M turut akan menawarkan beberapa warna yang menarik perhatian untuk tahun depan, termasuklah Dakar Yellow, Fire Orange, Daytona Violet, Macao Blue, Imola Red dan Frozen Marina Bay Blue.
 

BMW M


Tempahan untuk logo klasik ini akan bermula tahun depan, sementara produksi untuk model yang dilengkapi logo klasik ini hanya akan bermula pada Mac 2022.

Harga kos tambahan bagi model-model M Performance tidak didedahkan buat masa ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Biarpun dengan enjin bersesaran lebih kecil, namun dengan bantuan motor elektrik C 63 S E…
Berita Global
Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah…