BMW M spesifikasi Competition akan menjadi model standard M, tiada lagi varian asas

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan, awal tahun yang lalu BMW telah mengemaskini penawaran model SUV pantas X5 M dan X6 M 2024 yang hadir dalam spesifikasi Competition sahaja, dan tiada versi M standard yang ditawarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, BMW merancang untuk menjadikan model-model Competition sebagai titik permulaan bagi pelanggan mendapatkan model M.

Menurut CEO BMW M Frank van Meel, dengan kehadiran model berprestasi sederhana (seperti contoh M440i) yang dapat mengisi ruang kosong antara model standard BMW dan model berprestasi tinggi BMW M, beliau berpendapat tiada lagi ruang untuk model-model M standard.
 

BMW M3


Jadi, bagi pelanggan yang mahukan model M3, mereka boleh terus mendapatkan varian M3 Competition dan bukannya model M3 standard.

Ini tidak bermakna pelanggan tidak diberikan pilihan langsung bagi mereka yang masih mahukan model lebih berkuasa.
 

M3 CS


Van Meel menjelaskan, terdapat model-model yang lebih 'hardcore' seperti CS dan CSL yang menawarkan opsyen prestasi ekstrem berbanding model Competition.

Apa yang perlu pelanggan risaukan ialah kenaikan harga yang tidak dapat dielakkan, disebabkan pengguguran model M standard bagi memberikan laluan kepada model-model Competition yang lebih mahal harganya.

Sumber: CarThrottle