BMW M3 Sedan, M4 Coupe generasi baharu bakal dilancarkan 23 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Dua buah model berprestasi tinggi bakal diperlihatkan oleh BMW M secara rasmi pada bulan hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan laporan daripada BMWBlog, model yang dimaksudkan adalah BMW M3 Sedan BMW M4 Coupe di mana pelancaran rasminya dijadualkan berlangsung pada tanggal 23 September ini.

BMWBlog turut memetik kenyataan salah seorang pembacanya yang mengakui sudah pun melihat model M3 Sedan di mana model yang dinanti-nantikan itu bakal hadir dalam warna Isle of Man Green.

Antara warna lain yang turut serta termasuklah Toronto Red, Tanzanite Blue, Portimao Blue, Dravit Grey, Black Sapphire, Alpine White dan Sao Paolo Yellow.

Jentera BMW M3 Sedan dan M4 Coupe bakal didatangkan dengan reka bentuk yang lebih sporti, penampilan bumper yang agresif, rekaan gril yang berlainan, kehadiran empat tip ekzos, rim M serta spoiler boot lid.

Dari segi kuasa, kedua-dua model ini didatangkan dengan nadi enam silinder sebaris turbo berkembar 3.0 liter yang menghasilkan 473 hp, sistem pacuan roda belakang serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau opsyen automatik lapan kelajuan.

Manakala dalam versi Competition, M3 Sedan dan M4 Coupe pula mampu menghamburkan kuasa setinggi 503 kuasa kuda, sistem pacuan roda belakang serta transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Sistem pacuan semua roda xDrive akan turut ditawarkan kelak.

Dalam pada itu, BMW M turut mengesahkan bakal hadir dengan sebuah lagi jentera M3, kali ini dalam bentuk station wagon/touring menjelang tahun 2022.

Sumber: BMWBlog

Berita Berkenaan

MotorGP
Untuk musim perlumbaan 2021, BMW M telah mendedahkan secara rasmi tiga buah jentera baharu iaitu M3…
Berita Global
  "Kebakaran itu melibatkan sebuah kereta dari jenis BMW 4M coupe dan bahagian depan rumah kedai.…