BMW M3 Touring 2023 rasmi - wagon AWD 503 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Akhirnya!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Setelah sekian lama menanti, BMW kini mempunyai sebuah model yang mampu menjadi pesaing rapat kepada model-model wagon berprestasi tinggi di pasaran seperti Audi RS4 Avant dan Mercedes-AMG C 63 Estate (bukan generasi terkini).
 

M3 Touring


BMW M3 Touring didatangkan dengan nadi yang dipinjamkan secara terus daripada model M3 Competition, iaitu enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 503 hp dan daya kilas 650 Nm.

Hanya transmisi automatik lapan kelajuan sahaja ditawarkan secara eksklusif, memacu sistem pacuan semua roda xDrive.
 

M3 Touring


Dengan konfigurasi ini, BMW M3 Touring mampu memecut sepantas 3.6 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 km/j yang dihadkan secara elektronik, dibantu dengan sistem suspensi sport dan differential aktif M.

Terima kasih kepada ciri yang disebutkan tadi itu juga, BMW M3 Touring mampu mengelilingi Nurburgring sepantas 7:35:060, rekod baharu untuk kategori wagon, serta jauh lebih pantas berbanding model M5 Competition dan Acura NSX!
 

M3


Dari segi luaran, ia membawakan penampilan yang hampir sama dengan model M3 dan M4, rim bersaiz 19 inci (depan) dan 20 inci (belakang), dan bentuk badan wagon yang menjanjikan ruang kargo yang mampu memuatkan sehingga 1,510 liter barangan di bahagian belakang.

Untuk ruang kabin pula, BMW M3 Touring membawakan susun atur papan pemuka yang sama seperti model M3 tahun 2023, dimulakan dengan paparan skrin melengkung yang terdiri daripada skrin kluster instrumen 12.3 inci dan skrin infotainmen 14.9 inci, tempat duduk sports balutan kulit Merino dan roda stereng sport.
 

M3 Touring


Sayang sekali, tidak semua pasaran bakal mendapat model M3 Touring ini melainkan beberapa negara Eropah dan tidak ketinggalan negara Australia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Walaupun ditawarkan di beberapa buah negara sahaja di Eropah, permintaan yang tinggi menyebabkan…
Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…