BMW M5 Touring 2025 dengan M Performance Parts, wagon berprestasi dengan lebih karisma!

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW M5 Touring dengan M Performance Parts
BMW M5 Touring dengan M Performance Parts
Pada Ogos lalu BMW memperkenalkan M5 Touring (G99) yang menandakan keyakinan berterusan terhadap wagon. 

Bukan sahaja wagon tetapi wagon berprestasi dan untuk M5 Touring enjin pembakaran dalaman dengan perkakasan elektrik.

Seperti biasa BMW akan menyusuli dengan kit prestasi M Performance Parts yang menambah lagi karisma selain prestasi aerodinamik.

Kit M Performance dibuat dari plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) dan aramid.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
BMW M5 Touring with M Performance Parts 2025

 

M5 Touring digerakkan enjin 4.4 liter V8 biturbo dengan padanan kotak gear automatik M Steptronic lapan kelajuan dan pacuan semua roda M xDrive.

Enjin menghasilkan 585 ps dari 5,600 sehingga 6,500 rpm dan tork 750Nm dari 1,800 sehingga 5,400 rpm.

Motor elektrik pula berkuasa 197 ps dan 280Nm dan secara keseluruhannya menghasilkan 727 ps dan 1,000Nm.

Pecutan 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.6 saat.

 

BMW M5 Touring with M Performance Parts 2025

 

Bahagian depan yang sedia garang ditambah perisa dengan pemisah gentian karbon M Performance.

Sisi kereta seperti biasa tidak keterlaluan dengan pendakap gentian karbon M Performance dan nampak sepadan bersama bumbung panjang ke belakang.

Grafik sisi warna Frozen Black turut menambah gaya sporti. Perumah cermin sisi M gentian karbon dan perumah aerial dari aramid juga tanda keistimewaan wagon ini.

Bahagian belakang yang lebih menonjol dijelaskan lagi dengan peresap gentian karbon M Performance dan dipadan bersama muncung ekzos jenama sama.

 

BMW M5 Touring with M Performance Parts 2025

 

M5 Touring tidak mempunyai spoiler berlapis seperti X3 tetapi dipasang sirip M Performance.

Tersorok di sebalik badan kereta ialah penutup tangki M Perfomance dari gentian karbon dan logo dari aluminium gosokan.

Pemandu dan penumpang disediakan alas kaki M Perfomance dengan riasan warna BMW M GmbH.

 

BMW M5 Touring with M Performance Parts 2025

 

Aura M turut dibawa ke dalam poket pemandu melalui sarung kunci yang dibuat dari Alcantara dan kulit.

Buat pemilik yang mempunyai dua set tayar, beg tayar M Performance disediakan untuk menyimpannya selepas balik dari hari litar.

Penawaran pada M5 Touring sebenarnya menambah dilema, mahu pilih M5 sedan atau wagon? Pilih keduanya! Untuk suami dan isteri. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

BMW M5 Touring with M Performance Parts 2025

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain estetika, kit luaran juga memenuhi keperluan dari segi binaan yang ringan dan…
Berita Global
  Jika rupa M2 tidak memuaskan hati, kit M Performance dengan spoiler tinggi, sirip tepi dan…