BMW M8 Competition - Safety Car rasmi MotoGP yang terkini

oleh Mohamad Hanif|
BMW dan MotoGP sememangnya mempunyai pautan sejarah yang agak lama sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu, dan tradisi ini nampaknya akan diteruskan lagi untuk tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika tahun lalu, BMW M5 dijadikan sebagai Safety Car rasmi untuk MotoGP, tahun ini BMW membuat keputusan untuk menggunakan sebuah M8 Competition bagi mengetuai barisan kenderaan keselamatan BMW.
 


BMW M8 Competition yang baharu dilancarkan beberapa bulan yang lalu dikuasakan oleh enjin 4.4 liter S63B44T4 bentangan V8 turbo berkembar yang mampu menjana 616 kuasa kuda dan pecutan sepantas 3.2 saat dari pegun ke 100 km/j.

Jika dalam keadaan standard sudah cukup dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini, BMW tidak membiarkan kereta keselamatan ini tanpa sebarang modifikasi tambahan yang bersesuaian dengan trek perlumbaan.
 


Antara perubahan yang dibawakan termasuklah sistem ekzos titanium dengan tip gentian karbon, sangkar keselamatan, sistem pemadam api, dan tempat duduk spesifikasi perlumbaan Recaro. 

Manakala peralatan lain seperti bar lampu, peralatan komunikasi dan keselamatan ditambah bagi melengkapkan lagi tugas M8 Competition ini sebagai sebuah Safety Car sejati. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan bukan sahaja aksi perlumbaan yang dipamerkan, kebanyakan mata-mata tertumpu…
Sukan Bermotor
Seperti biasa, spesifikasi kedua-dua jentera ini adalah standard, dengan modifikasi yang dilakukan…
Sukan Bermotor
Ini kerana Mercedes-AMG juga dalam masa yang sama masih lagi menggalas tugas selaku pembekal rasmi…