BMW M850i Night Sky - kereta yang turun dari langit

oleh Mohamad Hanif|

Ini bukanlah kisah sebuah UFO atau kapal angkasa yang cuba mendarat di planet bumi, ataupun kisah fiksyen Transformers yang cuba melarikan diri daripada perang robot sejagat yang lambat laun akan cuba memusnahkan bumi. 

BMW M850i yang lebih mesra digelar Night Sky ini merupakan sebuah projek one-off daripada BMW di mana ia menampilkan trim dalaman yang diperbuat daripada cebisan meteorit sebenar!


Penggunaan bahan angkasa lepas tersebut boleh dilihat pada bahagian seperti konsol tengah, butang pandu mula, tuil gear, tombol kawalan iDrive dan juga doorsill. 

Manakala rekaan geometrik unik yang ada pada trim tersebut digelar sebagai Widmanstätten, bersempena nama seorang sainstis yang berjaya menemukan meteorit tersebut. 

Inspirasi daripada elemen kosmik tidak terhenti setakat itu. 


Seperti mana yang disebutkan tadi, corak geometrik Widmanstätten tadi sebenarnya turut diperluaskan kepada bahagian-bahagian lain, seperti pada tempat duduk, pelindung cermin sisi, bukaan liang udara hadapan dan liang pada fender. 

Bagi menghiasi keseluruhan kereta dari angkasa lepas ini, BMW melayangkan warna gabungan iaitu hitam (bukan metalik) dan juga San Marino Blue metalik.
 


Gugusan lampu LED pula telah disusun pada bahagian perehat tangan untuk menampakkan bentuk zodiak. 

Sekiranya anda perasan, BMW menggunakan angkup brek aluminium yang dicetak secara 3D-printing dengan rekaan bionik, dihasilkan oleh BMW Motorsport dan didakwa lebih ringan 30 peratus berbanding brek standard M850i. 
 


Tiada sebarang maklumat berkenaan harga didedahkan, namun anda boleh membayangkan betapa mahalnya kereta ini apatah lagi setelah dimasukkan elemen-elemen angkasa lepas yang sebenar (bukan kit badan menembak langit!).

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Akhirnya, keluarga 8 Series selamat menerima ahli (baca: varian) baharu dalam bentuk sedan Gran…
Berita Global
BMW 8 Series, sebuah model segmen Grand Tourer (GT) yang ditawarkan oleh BMW bakal menerima ahli…