BMW M850i talaan Dahler - lebih berkuasa berbanding BMW M8!

oleh Mohamad Hanif|
Ada dua golongan dalam dunia ini, satu adalah mereka yang berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh BMW M850i xDrive yang didatangkan dengan nadi 4.4 liter V8 berkuasa 530 PS dan 750 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu lagi merupakan golongan yang disukai oleh Dahler, salah sebuah penala terkemuka untuk kenderaan jenama BMW. 

 

 


Dahler Design & Technik GmbH yang berpengkalan di Belp, Switzerland sebelum ini telah pun mengumumkan penawaran kit talaan Stage 1 khusus untuk BMW M850i xDrive yang mampu mengekstrak kuasa tambahan kepada 627 hp dan 850 Nm. 

Lebih berkuasa berbanding M8 Competition yang mampu menghasilkan 625 kuasa kuda dan 750 Nm!

 


Selain daripada itu, Dahler turut menawarkan sistem ekzos keluli tahan karat yang diakhiri dengan empat tip dan peredam bunyi, serta membangunkan kit coilover boleh laras ketinggian dan juga kadar keselesaan yang diinginkan oleh pemilik. 

Opsyen lain termasuklah lip spoiler hadapan, spring yang mampu merendahkan kereta dan rim bersaiz 21 inci yang dibaluti tayar Michelin. 

 


Jika anda berasakan bahwa syarikat itu menyatakan "Dah ler.." ke atas modifikasi tersebut, anda salah, kerana Dahler mempunyai kit talaan yang lebih berkuasa berbanding Stage 1 itu tadi. 

Modifikasi Stage 2 membenarkan pemilik BMW 8 Series mengekstrak kuasa tambahan namun tiada sebarang angka yang diterbitkan pada ketika ini. 

 

 


Mungkin juga nama syarikat ini dipilih sebagai salah satu cara sinis syarikat itu untuk memberitahu mereka yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada.. "Dah Dah lerr tuu.."