BMW mahu buang 6,000 pegawai dari HQ Munich

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, kami pernah melaporkan beberapa berita penutupan fasiliti pemasangan, serta kisah ribuan pekerja yang bakal kehilangan punca pendapatan dalam masa dua tiga tahun yang akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan terbaharu, menurut laporan daripada Automotive News, BMW akan memberhentikan kira-kira 6,000 orang pekerja di Jerman sebagai salah satu langkah penjimatan kos. 

Berita yang paling membimbangkan itu tidak dilaporkan melibatkan pekerja-pekerja di fasiliti pemasangan, akan tetapi kebanyakannya merupakan penghuni di ibu pejabat BMW di Munich. 
 


Isu ini ditambah lagi dengan pergeseran yang berlaku antara ketua unit pembangunan dan penyelidikan, Klaus Froehlich yang dikatakan tidak sekepala dengan ketua pegawai eksekutif baharu, Oliver Zipse. 

Klaus telah dipujuk supaya meninggalkan jawatannya bermula musim panas ini, namun dikatakan ketua lembaga penyelia BMW, Norbert Reithofer mahukan beliau untuk terus kekal di dalam BMW. 

Dalam satu kenyataan yang berbeza, BMW tidak memperincikan isu pemberhentian pekerja-pekerja, namun pengeluar jenama mewah itu akan terus mencari bakat-bakat baharu bagi mengisi kekosongan di dalam aspek pemanduan autonomi dan juga mobiliti elektrik. 

"Kami mempergunakan isu (pemberhentian) ini bagi memfokuskan kepada masa hadapan dan meningkatkan lagi kecekapan operasi syarikat.
 


Program yang mampu menjimatkan sehingga 12 billon euro itu bertujuan untuk membangunkan dan memperkenalkan kira-kira 25 buah model baharu, di mana 13 daripadanya merupakan model PHEV. 

Selain daripada itu, BMW juta akan melancarkan program perintis bagi menguji sistem pemanduan autonomi Tahap Keempat dan Tahap Kelima bermula tahun hadapan.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…