BMW mahu perkukuh hubungan dengan Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Semua sudah sedia maklum syarikat Jepun Toyota sebelum ini telah pun bekerjasama dengan syarikat Jerman BMW di dalam projek penghasilan kereta sports Z4/Supra.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut laporan daripada Automotive News Europe, CEO BMW Oliver Zipse dalam satu sidang melahirkan hasrat untuk memperkukuhkan lagi hubungan yang terjalin antara kedua-dua syarikat automotif tersebut.

Apa yang bermain di dalam fikiran beliau adalah teknologi sel bahan api yang kini merupakan mainan utama Toyota, dan mempunyai rakan teknikal di dalam sektor ini adalah amat penting untuk menggalakkan lagi penggunaan teknologi ini dikalangan pembuat polisi.

Jadi, Toyota yang sudah tersedia menjadi rakan kongsi BMW adalah calon yang sesuai disebabkan mereka merupakan antara syarikat yang memandang serius teknologi sel bahan api menerusi model generasi baharu Toyota Mirai.

 


Selain daripada itu dalam ucapan beliau, Zipse juga turut menyentuh soal barisan model BMW yang terlalu menyeluruh, dan mahu meringkaskan lagi penawaran model-model BMW pada masa akan datang dengan 'membuang' model-model coupe, convertible dan roadster.

Adakah ini bermakna, model-model daripada 2-Series, 4-Series, dan 8-Series bakal lenyap daripada penawaran BMW pada masa akan datang?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…