BMW Malaysia buka tempahan bagi M3, M4 generasi baharu, varian Competition, 503 hp/650 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat penggemar jentera BMW M apabila BMW Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi dua buah model berprestasi tinggi BMW M3 Competition dan BMW M4 COmpetition Coupe.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tempahan untuk kedua-dua sedan dan coupe dua pintu M itu boleh dibuat menerusi BMW Shop Online bermula sekarang sehingga 31 Disember 2020 dengan yuran tempahan serendah RM5,000.

 

 


Generasi baharu BMW M3 dan M4 membawakan rekaan luaran yang serba agresif, terima kasih kepada gril buah pinggang menegak yang lebih besar, diikuti dengan lampu utama yang lebih tajam, serta rekaan bampar dengan bukaan liang udara yang lebih besar.

Disebalik rupa paras yang agresif itu, kedua-dua BMW M3 dan M4 Competition generasi baharu ini didatangkan dengan nadi enjin enam silinder sebaris 3.0 liter dibantu dengan unit pengecas turbo berkembar yang menghasilkan 503 kuasa kuda dan 650 Nm.

 


Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 3.8 saat!

Disebabkan BMW Malaysia hanya membawa masuk versi Competition, hanya transmisi automatik lapan nisbah kelajuan sahaja yang ditawarkan untuk M3 dan M4, namun ia lengkap dengan ciri rev-match dan mod manual yang dikawal menerusi paddle shifter.

 


Spesifikasi lanjut hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

Harga jualan (anggaran) pula adalah seperti berikut:

BMW M3 Competition: RM 664,800.00
(tambahan Innovation Package): RM 722,800.00
BMW M4 Competition Coupé: RM 684,800.00
(tambahan Innovation Package): RM 740,800.00

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Pelancaran
BMW i4 M50 2022 BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik berlogokan M yang pertama, dan ia…
Model Terbaharu
Kedua-dua model tersebut kini sudah pun berada di pusat pameran BMW di seluruh negara, namun…