Serentak dengan itu, BMW Malaysia turut menyediakan laman web khas yang menjemput orang ramai mendaftarkan minat untuk mendapatkan model elektrik sepenuh masa itu.
Berdasarkan semakan, terdapat dua varian yang bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu BMW iX xDrive 40 dan BMW iX xDrive50.
Versi xDrive40 datang dengan tetapan dua motor elektrik berkuasa 322 hp dan 630 Nm serta pecutan 0-100 km/j mengambil masa 6.1 saat, sementara versi xDrive50 pula menggunakan tetapan yang serupa, namun dengan angka output yang lebih tinggi (516 hp/765 Nm), serta pecutan 0-100 km/j dalam 4.6 saat sahaja.
Varian terendah didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 71 kWh dengan jarak operasi sejauh 425 km, sementara varian xDrive50 pula dilengkapi pek bateri 105.2 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 630 km.
BMW iX hadir dengan sokongan pengecasan AC 11 kW yang mengambil masa sekitar lapan hingga 11 jam untuk pengecasan penuh, serta mampu menampung pengecasan pantas DC sehingga 200 KW yang membolehkan pengecasan 10-80 peratus kapasiti dalam tempoh 35 minit.
Malah, laman web itu turut menyenaraikan masa pengecasan untuk jarak 100 km dengan menggunakan stesen pengecasan pantas, di mana varian xDrive50 hanya mengambil masa sekitar enam minit, atau lapan minit untuk varian xDrive40.
Baca: BMW iX 2022
Maklumat lanjut beserta penawaran aksesori boleh disemak menerusi laman web INI.