BMW Malaysia gesa lebih ramai pihak tampil menyokong Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation

oleh SALINA JALIL|
BMW Malaysia menggesa lebih ramai pihak bersatu untuk menyokong program subsidi kerusi kereta kanak-kanak buat golongan ibu bapa dalam kumpulan pendapatan B40.

Lebih daripada 25,000 individu yang terdiri daripada golongan ibu bapa telah membuat pendaftaran bagi fasa pertama pemberian subsidi kerusi kereta kanak-kanak hanya dalam masa dua minggu, lantas mendemonstrasikan keperluan segera ke atas subsidi kerusi kereta kanak-kanak untuk isi rumah yang berpendapatan rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia mengulas, “Terdapat keperluan untuk kita bersatu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

Sambutan menggalakkan yang diterima bagi fasa pertama program subsidi berkenaan jelas menunjukkan bahawa ibu bapa kini lebih cakna mengenai keperluan kerusi kereta kanak-kanak dan lekas mengamalkan penggunaannya jika diberikan peluang yang bersesuaian.

 

Lantaran itu, kepada pihak dan syarikat yang mampu membantu mensubsidikan kerusi kereta kanak-kanak ini, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai program subsidi berkenaan untuk mendahulukan keselamatan kanak-kanak di dalam kereta sebagai sebuah keutamaan untuk semua.”

 

Program subsidi ini telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°.

 

Di fasa pertamanya, BMW Malaysia, Childline Foundation dan Safe ‘n Sound telah menyediakan 150 unit kerusi kereta kanak-kanak snskidz Ace pada harga bersubsidi berjumlah RM 100 seunit untuk para ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan pendapatan B40.

 

Pendaftaran bagi program subsidi berkenaan telah dibuka pada 2 Disember 2019 dan telah meraih lebih daripada 25,000 pendaftaran hanya dalam masa dua minggu.

 

Kerusi kereta kanak-kanak tersebut telah diberikan kepada para ibu bapa dari daerah Lembah Klang baru-baru ini, manakala kerusi khas yang masih berbaki akan diagihkan tidak lama lagi di seluruh negara.

 

Dengan tetapan menghala ke belakang, kerusi khas yang bernilai RM199 ini boleh digunakan dari usia kelahiran sehingga berat bayi mencecah 13kg, serta produk tersebut hadir dengan persijilan ECE R44-04. 

 

Pihak yang berminat boleh menyertai program subsidi ini dengan mengirim penyertaan mereka ke [email protected]sila nyatakan nama organisasi peserta dan jumlah subsidi (dalam Ringgit Malaysia) yang organisasi berkenaan ingin menawarkan sebelum 13 Februari 2020.

 

Perlangsungan program subsidi berkenaan adalah sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak mulai tahun ini.

 

Bagi menggalakkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak, para pemandu tidak akan didenda sepanjang enam bulan pertama peraturan tersebut dikuatkuasakan namun mereka akan diberikan amaran untuk memasang kerusi khas berkenaan di dalam kenderaan mereka.

 

“Sempena musim perayaan ini, kami juga ingin mengingatkan para ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka diletakkan di dalam kerusi kereta kanak-kanak yang betul, tidak kira untuk perjalanan berjarak pendek mahupun panjang; dan kami ingin mengucapkan selamat memandu dan berhati-hatilah di jalan raya sempena Tahun Baharu Cina ini,” simpul Ambi.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…