BMW Malaysia lancarkan ‘The 1', M135i xDrive generasi ketiga berharga RM355,646.25

oleh SALINA JALIL|
BMW Malaysia telah melancarkan jentera BMW M135i xDrive yang terbaharu pada hari ini, yang dikenali sebagai ‘The 1’. Ia merupakan model ‘hatchback’ premium yang melengkapi dalam portfolio BMW.


Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “‘The 1’ merupakan mercu portfolio ini - BMW M135i xDrive terbaharu juga diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras bagi jentera-jentera hatchback di seluruh dunia dan menerajui standard kenderaan kompak premium sejak lebih dari sedekad yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Model kompak sporty ini dipadankan dengan karakteristik BMW M dengan menyerlahkan ciri-ciri dinamik untuk memberi atau menimba inspirasi", katanya lagi.


BMW M135i xDrive terbaharu ini lebih menonjol dengan komponen gril ‘kidney’ yang unik dalam warna Cerium Grey.

 

gril

 

Ia turut dilengkapi dengan enjin empat silinder TwinPower Turbo M Performance berkapasiti dua liter (2.0L)serta Transmisi Steptronic Sport Lapan Kelajuan. 


Jentera kompak premium bercirikan pacuan semua roda ini mempunyai output maksimum berjumlah 306 kk dan tork berjumlah 450 Nm. 


BMW M135i xDrive hanya mengambil masa 4.8 saat untuk membuat pecutan dan mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.
 

 

Selain itu, lampu hadapan LED Adaptif turut diberikan selain rongga udara (air intake) di hadapan dan sisi, pelitup cermin sisi, dan paip ekzos 100 milimeter dalam warna Cerium Grey menonjolkan statusnya sebagai model 'sporty'.  


Model kompak ini dilengkapi dengan set roda aloi ringan 19 inci dalam Penggayaan Ruji V 557 M Dwiwarna. Di bahagian belakang, lampu belakang tiga dimensi yang mengandungi dua bahagian menampilkan bentuk L BMW yang menyerlahkan kelebaran jentera ini (walaupun pada mata kami ia lebih menyerupaikan tumit kasut tinggi wanita). 


BMW M135i xDrive ini juga didatangkan secara eksklusif dengan spoiler belakang BMW M.


Model kompak sporty ini turut dilengkapi dengan suspensi M Sport dan brek M Sport. 

 

 

BMW M135i xDrive terbaharu juga hadir dengan ‘Active Sound Design’ yang mampu menguatkan bunyi sebenar daripada enjin dan  menghasilkan bunyi yang lebih sporty untuk memberikan keterujaan kepada pemandu tanpa mengeluarkan bunyi hingar dari luar!


Buat pertama kali, BMW M135i xDrive membawakan seni bina pacuan roda hadapan yang turut menampilkan teknologi yang diserap daripada BMW i untuk membuahkan karakteristik pemanduan yang lebih cemerlang. 


Teknologi ARB (‘actuator contiguous wheel slip limitation’) diberikan untuk meningkatkan lagi tahap cengkaman serta lebih tangkas pada gandar hadapan. 
 

 

Di bahagian kabin pula, kokpit BMW M135i xDrive lengkap dengan kemasan trim interior ‘Illuminated Boston’ serta upholsteri kulit Dakota. 


Elemen-elemen M juga menghiasi kerusi sport, tali pinggang keledar, dan stereng berkulit. Bagi sistem audio pula, ia dilengkapi dengan sistem audio Harman Kardon yang menampilkan 16 pembesar suara menawarkan hiburan tanpa henti setiap kali jentera ini dipandu.


Dari segi saiz BMW M135i xDrive ini juga telah dipertingkatkan dari segi kelebaran (+34 mm) dan ketinggian (+13 mm) berbanding model terdahulu. 

 

 

BMW 'Live Cockpit Professional' dalam BMW M135i xDrive menampilkan Sistem Operasi BMW 7.0 dengan Paparan Instrumen 10.25 inci, termasuk Paparan Kawalan skrin sentuh 10.25 inci beserta Kunci Digital BMW, Apple CarPlay, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan Pembantu Peribadi Pintar BMW.


Ciri-ciri keselamatan pula ia didatangkan dengan Bantuan Memandu, Bantuan Memarkir, Bantuan Mengundur serta Amaran Penukaran Laluan, Amaran Perentasan Trafik di belakang, Amaran Perlanggaran Belakang dan Bantuan Had Kelajuan. 

 

Terdapat lima pilihan warna untuk BMW M135i xDrive terbaharu ini iaitu Alpine White, Black Sapphire, Misano Blue, Mineral Grey atau Melbourne Red. 


Para pemilik boleh memadankan warna eksterior pilihan mereka dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam dengan keliman hitam, atau upholsteri kulit Dakota dalam warna Magma Red dengan sulaman berwarna kelabu dan keliman hitam.


BMW M135i xDrive terbaharu akan berada di semua pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara bermula 28 Julai 2020. 


Pelanggan juga boleh menempah ‘The 1’ di http://www.shop.bmw.com.my/ pada harga RM1,000 dan berpeluang untuk memenangi BMW i8 Coupé  baru.

 

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.


Pemilik jentera BMW M135i xDrive terbaharu ini juga dapat merasai pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:


•    Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
•    Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
•    Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW Privileges Card
•    Servis Dalam Talian BMW

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…