BMW Malaysia sedia infrastruktur pengecasan pantas DC di Auto Bavaria Ara Damansara

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan fasiliti pengecasan pantas DC (DC Fast Charger) yang dipasang di Auto Bavaria Ara Damansara untuk pengguna awam.

Ia akan disusuli dengan pemasangan fasiliti yang sama di pusat-pusat pengedaran BMW i yang lain di seluruh negara.

Menurut Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, mereka bekerjasama dengan GreenTech Malaysia untuk mewujudkan satu ekosistem yang mampu menjulang mobiliti elektrik, selain komited untuk mewujudkan jaringan pengedar yang berdedikasi bukan sahaja untuk pemilik BMW dan MINI, malah untuk pemilik EV di Malaysia.

"Kami yakin langkah ini dapat meningkatkan akses kepada infrastruktur pengecasan di seluruh negara, selain membantu menangani kebimbangan pengguna yang ingin memiliki kenderaan elektrik di Malaysia, terutama dari segi jarak operasi kenderaan.

Sejak tahun 2015, BMW Group Malaysia merupakan antara pihak yang aktif dalam menerajui mobiliti elektrik di tanah air dan lebih daripada 21,000 buah kenderaan berelektrik BMW dan MINI telah berjaya diserahkan kepada pengguna tempatan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Merangkumi tempoh dua tahun, MoU tersebut bakal menyaksikan Gentari bekerjasama dengan LCM untuk…
Berita Domestik
  "Saya berharap peruntukan khas bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan…
Berita Domestik
  "Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan atau agensi…