BMW Malaysia tambah tiga fasiliti pengecasan BMW i di Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia dengan kerjasama rakan pengedar Tian Siang Premium Auto telah menambah tiga fasiliti pengecasan BMW i baharu di Pulau Pinang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Para pemilik BMW serta orang ramai kini boleh mendapatkan kemudahan tersebut di The Prestige Hotel, George Town serta di Light Hotel, Seberang Jaya.

Sebelum ini, Tian Siang Premium Auto telah menyediakan fasiliti pengecasan BMW i yang terletak di WEIL Hotel dan Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, serta di Gurney Paragon Mall dan Iconic Hotel, Pulau Pinang.

Menurut Tan Ka Kin, Prinsipal Pengedar Tian Siang Premium Auto berkata, "tiga fasiliti BMW i terbaharu ini merupakan penambahan kepada 10 buah fasiliti sedia ada yang kami bawakan di sekitar Ipoh dan Pulau Pinang.

Inisiatif yang dijalankan oleh BMW Group Malaysia ini mencerminkan komitmen mereka untuk mempercepatkan penggunaan mobiliti elektrik di dalam negara.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dee atau Digital Emotional Experience pada nama model tersebut mencerminkan tujuannya untuk…
Berita Domestik
Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW Group Malaysia percaya…
Berita Domestik
Program Pensijilan Pakar Voltan Tinggi BMW ini dijalankan di Pusat Latihan Serantau BMW Group…