BMW Motorrad daftar tiga paten motosikal berprestasi tinggi talaan M

oleh Mohamad Hanif|
Divisyen prestasi tinggi yang sinonim dengan jentera BMW berkuasa tinggi, BMW M kini sudah bersedia untuk mengaplikasikan ilmu talaan mereka untuk jentera dua roda BMW Motorrad.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini dibuktikan dengan pendaftaran paten yang dibuat oleh BMW Motorrad di Jerman yang menampilkan huruf M pada tiga buah model motosikal - M 1000 RR, M 1000 XR dan M 1300 GS

Dengan talaan dan kehadiran huruf M di hadapan, ketiga-tiga model diatas pastinya akan menghamburkan kuasa yang lebih tinggi serta menawarkan ciri yang lebih berbanding motosikal standard BMW Motorrad. 

Seperti contoh, BMW Motorrad sudah pun hadir dengan M Package pada model S 1000 RR yang lebih ringan dan mempunyai tambahan mod tunggangan kepada model standard. 

Jadi, model M 1000 RR dijangka akan menjadi sebuah model khusus untuk trek perlumbaan seperti HP4 Race atau model yang diluluskan untuk kegunaan jalan raya - seperti S 1000 RR HP4. 
 


Model M 1000 XR pula akan menggunakan asas daripada model S 1000 XR adventure/sport yang akan dilancarkan tidak lama lagi, manakala M 1300 GS pula sedikit mengelirukan kerana selain daripada model K 1300 R dan K 1300 GT, BMW tidak pernah menggunakan angka '1300' pada motosikal adventure mereka.

Menurut sumber daripada Motorcycle.com, berkemungkinan besar BMW M akan menggunakan asas daripada R 1250 GS namun angka '1250' tersebut dibundarkan kepada '1300' supaya nampak berbeza berbanding penawaran GS sedia ada. 

Perincian berkenaan model-model yang disebutkan diatas masih lagi samar-samar, namun kita akan dapat melihat dengan lebih teliti seawal acara INTERMOT 2019 Jerman, atau acara EICMA 2019 di Itali. 
 

Sumber: Motorcycle.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Biarpun dengan enjin bersesaran lebih kecil, namun dengan bantuan motor elektrik C 63 S E…
Berita Global
Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah…