BMW Motorrad jangka India bakal jadi pasaran ketiga terbesar tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat motosikal premium BMW Motorrad berkata India bakal menjadi pasaran ketiga terbesar di rantau Asia Pasifik, China, Russia dan Afrika.

Ini adalah berdasarkan prestasi jualan motosikal BMW di negara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Dmitris Raptis, ketua BMW Motorrad untuk Asia Pasifik, China, Russia dan Afrika, tahun lalu India hanya mampu berada di tangga kelima.

"Tahun ini kita jangkakan India akan terus berkembang pesat," ujarnya ketika pelancaran model BMW S1000 RR Khamis lepas.

BMW Motorrad mula memasuki pasaran India pada tahun 2017. Ia kemudian menjadi lebih serius apabila syarikat itu menggunakan TVS, syarikat motosikal India untuk menjadi rakan teknikal mereka dalam pembinaan motosikal siri G310.

"Umur penunggang motosikal untuk negara barat sudah semakin meningkat tetapi di India, makin ramai golongan muda yang mula meminati motosikal."

Nampaknya dengan jualan motosikal di negara barat semakin menurun, syarikat-syarikat motosikal mula menerjah masuk ke pasaran-pasaran baharu.

Berita Berkenaan

Informasi
Stabil Susun atur enjin boxer memberikan ia titik graviti yang rapat ke bumi, menjadikan ia sangat…
Berita Global
Ada juga beberapa perkara tentang GS ini yang sebenarnya boleh dikaitkan dengan sebuah kenderaan…
Berita Domestik
Menurut BMW MCM, pihak kelab menyewakan unit-unit pendingin hawa mobil untuk kegunaan klinik-klinik…