BMW Motorrad lancar dua motosikal kegunaan polis - skuter elektrik CE-04 dan sports tourer F 900 XR

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara pameran Milipol Paris 2021, BMW Motorrad memperlihatkan dua buah jentera yang dihasilkan khusus untuk kegunaan pasukan polis, iaitu sports tourer F 900 XR dan skuter elektrik CE-04.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter CE-04 tersebut dilengkapi dengan liveri Police, lampu isyarat LED, lampu isyarat berputar LED di bahagian belakang, kotak storan sisi, kotak storan atas dan sistem siren.
 

CE 04


Dengan motor elektrik berkuasa 40.2 hp, skuter elektrik tersebut mampu untuk bergerak sejauh 130 km dengan kelajuan tertinggi 120 km/j, sesuai untuk digunakan ketika melakukan rondaan dalam bandar.
 

F 900 XR


Sementara BMW F 900 XR pula turut mendapat kelengkapan yang serupa, seperti kotak storan sisi, pelindung pelana, lampu isyarat berputar LED di belakang serta sistem siren.

BMW F 900 XR didatangkan dengan enjin parallel-twin bersesaran 895 cc menghasilkan 99 kuasa kuda, dan ia sudah lebih daripada mencukupi untuk kegunaan mengejar penjenayah, atau melakukan tugasan rondaan di atas lebuh raya.
 

F 900 XR


Kedua-dua jentera itu bakal menyertai barisan motosikal BMW Motorrad yang dihasilkan khusus untuk kegunaan polis, seperti F 750 GS, F 850 GS serta tidak ketinggalan R 1250 RT.

Sehingga kini, BMW telah pun mengedarkan lebih daripada 160,000 unit jentera motosikal polis kepada lebih 150 buah negara di seluruh dunia.

Sumber: Motorrad Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad…