BMW Motorrad lancar R18 Classic - cruiser mesra touring!

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad baru-baru ini memperkenalkan sebuah varian baharu kepada model cruiser boxer R18 yang dilancarkan pada tahun ini, iaitu R18 Classic.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Seperti yang anda boleh lihat, BMW R18 Classic ini ditampilkan dengan beberapa aksesori yang lebih mesra kembara jalan jauh seperti contoh penghadang angin touring yang besar, set ekzos dengan paip terus, lampu LED, lampu bantuan, pelana untuk pembonceng, beg saddle pada kiri dan kanan, serta kehadiran floorboard.

 

 


Jika model standard R18 mendapat rim bersaiz 19 inci hadapan dan 16 inci di belakang, varian R18 Classic ini pula mendapat set rim bersaiz 16 inci untuk kedua-dua roda.

Sebagai tambahan kepada pengenalan trim baharu Classic ini, BMW Motorrad juga turut mengumumkan program kustomisasi yang lebih meluas, menggandingkan beberapa nama besar seperti Roland Sands, Mustang Seats, dan Vance & Hines.

 


Gandingan ketiga-tiga nama ini menawarkan seleksi aksesori yang lebih impresif kepada para pemilik R18 seperti penawaran pelbagai jenis bahan untuk tempat duduk, penutup tangki bahan api, bezel lampu utama, rim, rekaan meter, pemegang handlebar, serta pelindung enjin yang boleh disesuaikan mengikut kehendak.

Selain daripada itu, BMW turut menawarkan koleksi kustom Roland Sands Design yang digelar sebagai Machined dan 2-Tone Black.

 


Penawaran baharu BMW R18 Classic boleh didapati bermula Februari 2021 namun harga jualan masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Untuk rujukan, BMW R18 2020 yang masuk ke pasaran Malaysia dijual pada harga bermula dari RM149,500.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi menambahkan rasa geram di kalangan para peminatnya, nun jauh di luar negara laman web…