BMW Motorrad Malaysia perkenalkan program bateri dan lanjutan waranti terbaharu

oleh SALINA JALIL|
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan program lanjutan waranti bagi motosikal-motosikal BMW yang disahkan, berserta dengan lanjutan waranti bertempoh 5 tahun bagi produk-produk topi keledar (helmet) BMW.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

­­­

Tempoh waranti yang ditawarkan sehingga 1 Julai 2020 bagi motosikal-motosikal BMW sah yang warantinya bakal luput di antara 18 Mac 2020 dan 1 Mei 2020. Waranti berkenaan juga meliputi komponen-komponen tertentu yang lain. Tiada perubahan dalam terma dan syarat waranti yang asal.

 

Untuk memudahkan pemilik yang menghadapi masalah bateri ketika PKP, BMW Motorrad Malaysia juga  mengumumkan kempen istimewa yang menawarkan bateri dan pengecas bateri motosikal BMW dengan julat harga baharu. Kempen bermula dari hari ini sehingga 10 Julai 2020.

 

Di samping itu, waranti bertempoh dua tahun yang sedia ada bagi semua topi keledar (helmet) dalam barisan produk BMW Motorrad juga dilanjutkan kepada lima tahun.

 

Secara retroaktif, tarikh mula tempoh sah bagi lanjutan waranti berkenaan ialah 1 Januari 2020. Waranti topi keledar BMW yang bertempoh lima tahun ini meliputi masalah kecelaan material serta pembuatan produk berkenaan.

 

Lanjutan waranti BMW Motorrad ini tidak merangkumi sistem komunikasi BMW Motorrad, kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan, kecuaian penjagaan yang kurang baik, serta pemasangan sistem dan aksesori pihak ketiga yang tidak sesuai.

 

Kelusuhan yang lazim, kesan calar pada visor, visor matahari, petala helmet atau komponen plastik yang lain tidak diliputi oleh waranti tersebut.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  …
Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…