BMW Motorrad panggil kembali 440 unit model R Nine T, 1250 GS, RT, R, RS

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad telah pun memanggil kembali sebilangan motosikal paling popular daripada jenama tersebut disebabkan masalah yang terdapat pada gandar belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 440 unit motosikal terjejas akibat masalah ini terdiri daripada model-model seperti R NINE T, R1250GS, R1250RT, R1250R, R1250RS, K1600GT, dan K1600B.

Menurut Federation of European Motorcyclists’ Association, masalah ini dikategorikan sebagai 'produk yang mendatangkan risiko serius', di mana penggunaan bahan yang tidak berkualiti pada komponen menyebabkan ia bersentuhan dengan jejari rim, sekaligus mengakibatkan motosikal hilang kawalan.

Menurut sumber yang rapat dengan BMW Malaysia menyatakan kempen panggil semula ini hanya melibatkan motosikal yang dijual di pasaran Amerika Syarikat buat masa ini, dan tidak melibatkan unit yang terjual di Malaysia.

Namun, untuk para pemilik model motosikal yang disebutkan di Malaysia, usah risau kerana pihak BMW Motorrad Malaysia tidak akan berselindung berkenaan bab kempen panggil semula.

Malah, sekiranya apa jua kempen panggil semula dijalankan yang turut melibatkan motosikal terpakai, pihak BMW Motorrad akan tetap memanggil dan melakukan penukaran komponen secara PERCUMA!

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…
Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…