BMW Motorrad sedang bangunkan R1200GS dengan sistem hibrid pacuan semua roda?

oleh Mohamad Hanif|

Empat tahun yang lalu, sebuah syarikat German bernama Wunderlich telah mencipta sebuah motosikal kembara hibrid pacuan semua roda, dengan menggunakan asas daripada BMW R 1200GS.

Ia didakwa sebagai BMW R 1200GS sejukan cecair pertama yang dilengkapkan dengan sistem hibrid pacuan semua roda (2WD), di mana motor elektrik digunakan untuk memacu roda hadapan. 

Motor elektrik berkuasa 10.2 kuasa kuda ini mampu beroperasi secara berasingan apabila enjin pembakaran dalaman dimatikan, membolehkan anda menyelusuri jalan raya menggunakan mod elektrik sahaja dengan kelajuan maksimum 20 km/j sahaja. 
 


Cukup untuk kegunaan dalam bandar, bukan? 

Menariknya, menurut Wunderlich lagi, motor elektrik ini juga boleh digunakan untuk mod undur dengan kelajuan maksima 4 km/j.

Ciri yang sangat berguna bagi mengalihkan motosikal segmen kembara yang rata-ratanya berat. 

Konsep ini nampaknya bakal direalisasikan oleh BMW Motorrad apabila sebuah paten baharu mengesahkan sistem hibrid yang sedang dibangunkan oleh pengeluar itu. 
 


Menurut RideApart, paten yang diterbitkan pada 14 Februari 2019 itu menunjukkan gandingan enjin pembakaran dalaman dan sistem motor elektrik dipasang pada motosikal. 

Apa yang menghairankan, sebelum ini dua tahun yang lalu, BMW Motorrad pernah menyiarkan kenyataan akhbar berhubung sistem hibrid pacuan semua roda pada BMW R1200GS, malangnya ia berakhir dengan frasa "April Fool". 
 


Namun, jika kita imbas kembali sehari sebelum BMW Motorrad mengenakan para peminatnya, sebuah paten sebenarnya telah pun didaftarkan menunjukkan sistem yang serupa pada motosikal, dengan motor elektrik terpasang pada roda hadapan. 

Ini bermakna, sudah beberapa tahun BMW Motorrad menjalankan kerja-kerja pembangunan motsikal hibrid namun mereka enggan mengakui dan mendedahkannya kepada pengetahuan umum.
 


Jadi, adakah ia bakal menggunapakai sistem yang dibuat oleh Wunderlich atau BMW Motorrad mempunyai penambahbaikan yang tersendiri, sama-sama kita nantikan perkembangan motosikal kembara pacuan semua roda ini. 

Sumber: Wunderlich, RideApart, April Fool BMW Motorrad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dilihat bertindak sebagai pengganti kepada model Multistrada 1260 S Grand Tour yang pernah…
Model Terbaharu
Hadir dengan kelebihan masing-masing, F900GS menjadi varian utama dan dikhaskan untuk penunggang…
Model Terbaharu
Datang dengan satu pilihan warna iaitu Metallic Flat Spark Black / CDY Lime Green, Versys-X 250…