BMW muncul dengan model R 1250 GS Trophy dan GS Trophy Adventure 2023

oleh Hamimah Hamid|
BMW Motorrad telah memperkenalkan dua model baru adventure versi 2023 iaitu BMW R 1250 GS Trophy dan GS Trophy Adventure.

Sempena tahun baru ini, model baru ini dikeluarkan dalam jalur warna Gravity Blue Metallic yang tampak lebih segar menggantikan warna Blackstorm Metallic sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model R 1250 GS Trophy dan GS Trophy Adventure mempunyai beberapa ciri hebat yang sesuai kepada penunggang pengembaraan. 

Penuh gaya, kedua-dua model ini direka dengan roda jejari silang, tempat duduk Rali, cermin depan BMW Sport, pelindung radiator dan rangka, serta tempat letak kaki enduro. 

Selain itu, semua jentera GS Trophy direka canggih dengan sistem tanpa kunci, mempunyai sistem pemantauan tekanan tayar, isyarat belok pembatalan sendiri yang boleh ditetapkan oleh penunggang.

Untuk 2023, kedua-dua model R 1250 GS dan GS Adventure direka oleh BMW dengan lampu depan LED.

Ia juga mempunyai tiga mod tunggangan iaitu eco, hujan dan jalan raya, kawalan permulaan bukit (HSC), kawalan daya tarikan dinamik (DTC), dan port pengecasan USB.

Terdapat juga ciri pilihan seperti ESA Dinamik, pemanasan tempat duduk, pakej enduro dan mod tungangan pro.

Bagi peminat model adventure BMW, anda boleh mula melihat-lihat laman web BMW kerana model GS Trophy 2023 disenaraikan bakal berada di pasaran.

Harga yang ditawarkan pasti berbeza di setiap negara dan di Amerika Syarikat misalnya harga GS dijual pada $17,995 manakala $20,345 untuk GS Adventure.

Untuk pasaran di Malaysia, sila nantikan pengumuman oleh BMW.