BMW R1300 GS - Sedang diuji!

oleh HEZERI SAMSURI|
Motosikal adventure (ADV) nombor satu dunia, BMW siri R1200 GS dan R1250 GS bakal digantikan dengan sebuah model yang menggunakan enjin yang lebih besar, R1300 GS.

Model itu "kantoi" ketika sedang diuji, tetapi penuh dengan penutup dan pelekat untuk melindungi bentuk baharunya itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bukan setakat kerangka, malah kepala silinder pun disorok, menandakan ada kemungkinan enjin itu bukan sahaja ditambahkan sesarannya, tetapi ada teknologi baharu untuk sistem ShiftCam.

Kekangan kawalan asap Euro 5 yang bakal digunakan di Eropah mulai tahun 2024 turut memberikan sedikit perubahan kepada sistem ekzos tersebut.

 

 

Bahagian peredam (silencer) nampak jauh lebih kompak dan pendek. Namun begitu, Careta percaya lokasi tempat letaknya dipercayai tidak serendah itu dan juga bentuknya pasti lebih agresif dari bentuk ala ekzos skuter Taiwan yang ada pada prototaip tersebut

Tiub-tiub "sub-frame" pula kelihatan palsu, menandakan kerangka R1300 GS ini akan kelihatan jauh berbeza dari R1250 GS sekarang.

Malah, lengan ayun belakang juga nampak berbeza dan lebih "padat".

Lampu hadapan pula tidak dapat dilihat, tetapi paruh yang sinonim dengan GS itu tetap wujud.

 

 

Panel meter TFT juga dipercayai akan ditukar agar lebh hampir dengan model RT terkini - lebih lebar dan lebih lengkap - sistem radar untuk kawalan "cruise", sistem amaran titik buta dan lampu membelok.

Banyak media-media barat menyatakan model R1300 GS ini akan datang dalam beberapa varian, antaranya varian M dan juga GS Adventure dengan enjin lebih besar.

R1300 GS dijangka akan muncul di pasaran dalam suku pertama tahun 2022.

 

* Gambar-gambar dari Ride Apart dan InMoto.it

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…