BMW R18 Classic dilancarkan - RM154,500

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia menerusi BMW Motorrad Malaysia melengkapkan lagi penawaran model cruiser BMW R 18 dengan menambah sebuah lagi varian yang dikenali sebagai BMW R 18 Classic.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Tidak seperti model BMW R 18, BMW R 18 Classic merupakan sebuah cruiser yang direka untuk lebih mesra kembara jarak jauuh, menampilkan beberapa ciri unik seperti contoh penghadang angin touring yang besar, set ekzos dengan paip rekaan terus, lampu LED, lampu bantuan, pelana untuk pembonceng, beg saddle pada kiri dan kanan, serta kehadiran floorboard.

 


Enjin boxer bersesaran paling besar yang pernah dibina oleh BMW kini menguasai BMW R 18 Classic ini, iaitu enjin dua silinder sejukan udara/minyak bersesaran 1,802 cc yang menghasilkan 91 hp dan 158 Nm daya kilas @ 3,000 rpm.

Kadar penggunaan bahan api pula adalah serendah 5.6 liter untuk setiap 100 km.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi enam kelajuan jenis helical-toothed, sementara sistem brek pula terdiri daripada cakera berkembar 300 mm dengan angkup empat omboh di hadapan, serta cakera tunggal di bahagian belakang.

 


Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah BMW Motorrad Integral Anti-Lock Braking System (ABS), Automatic Stability Control (ASC), Dynamic Brake Control, kawalan jelajah elektronik, serta tiga mod tunggangan (Rock, Roll, Rain).

Varian baharu BMW R 18 Classic ini turut dilengkapi dengan sistem paparan berbilang fungsi, rev counter, electronic immobiliser, brake light control, serta sistem Keyless Ride yang menggantikan sistem pencucuh konvensional.

 


Untuk menjadikan pemilikan yang lebih sesuai dengan jiwa penunggang, BMW Motorrad juga turut menawarkan pelbagai jenis aksesori original seperti saddle bag, kemasan rekaan, penampilan serta aksesori yang boleh disesuaikan untuk keselesaan dan ergonomik tunggangan.

BMW R 18 Classic boleh didapati di semua pusat pengedar BMW Motorrad yang sah bermula 26 Februari ini, dengan harga jualan bermula dari RM154,500.00.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kedua-dua model ini membawakan pakej penggayaan ala-ala cruiser jenama Amerika dengan membawakan…