BMW R18 terlancar- gaya retro Munich dengan enjin Boxer paling besar

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Motorrad telah melancarkan motosikal genre retro mereka yang terbaharu, R18.

Walaupun konsep R18 ini telah dijaja selama beberapa bulan, akhirnya syarikat Jerman itu melancarkannya pada hari Jumaat lalu secara online.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Selain dari kelihatan seperti motosikal BMW semasa zaman perang dunia kedua, R18 ini adalah jawapan kepada dua persoalan sebelum ini - motosikal yang bakal menggegar pasaran cruiser terbesar dunia, Amerika Syarikat, dan motosikal yang menjadi ikon sebenar untuk enjin boxer BMW.

Dijual dengan harga US$17,495 untuk model standard dan US$19,870 untuk varian First Edition, ia akan menjadi pesaing kepada model-model Harley-Davidson seperti Low Rider S, FXDR dan FatBob serta model Indian Chief.

 

 

Dari segi rekabentuk, ia mengambil banyak idea dari model BMW R5 tahun 1936. Bentuk kerangka dan tangki minyak itu memang iras jentera klasik tersebut.

Dengan ekzos bentuk ekor ikan serta drive-shaft krom yang dibiarkan tidak tertutup, gaya klasik itu dipadankan dengan komponen-komponen modern seperti brek cakera kembar 300 mm di depan dan cakera tunggal 300 mm di belakang serta lampu brek LED yang juga menjadi lampu isyarat membelok.

Penyerap hentak belakang disorok dengan cantik di balik kerangka ala klasik. Sama juga dengan kabel-kabel untuk meter yang disorok di dalam handlebar.

 

 

Seperti Harley-Davidson, R18 ini sudah mempunyai aksesori-aksesori plug-and-play daru Roland Sands Design, Vance & Hines serta Mustang Seats untuk menjadikannya apa gaya yang anda perlukan.

Malah anda boleh tukarkan roda hadapan 19-inci kepada saiz 21-inci jika itu adalah stail anda.

Dengan jarak roda 1,731 mm dan panjang keseluruhan lebih dari 1727 mm, R18 ini lebih panjang dari sebuah Honda Gold Wing.

 

 

Enjin 1,802 cc boxer 4-injap sejukan udara/minyak itu menghasilkan 91 hp dan daya kilas pada 157.3 Nm, cukup untuk tunggangan santai kerana R18 ini ialah seberat 345 kg (berat sedia untuk ditunggang).

Transmisi ialah 6-kelajuan dan halaju maksimum ialah 180 kmsj dan pecutan 0-100 kmsj ialah pada 4.8 saat.

Kepada yang bosan dengan jenama-jenama lazim, cruiser BMW ini semestinya akan menarik perhatian anda kerana ia adalah sebuah motosikal retro tetapi datang dengan mekanikal yang modern.

 

 

Untuk pasaran Malaysia, desas desus mengatakan ia akan dilancarkan dalam tahun ini dan harganya boleh dikatakan berpatutan berbanding dengan model-model pertengahan Harley di sini.

Kami suka motosikal ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta BMW 530i dibawah pengaruh alkohol…
Berita Global
  Angka 46 sekali lagi diraikan di mana hanya 46 unit akan dihasilkan di kilang BMW Group Plant…
Berita Domestik
Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara…