BMW RT - 8 sebab kenapa ia popular sangat!

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk peminat motosikal sport touring di Malaysia, BMW RT adalah antara yang paling popular.

Menggunakan enjin boxer yang juga dikongsi oleh satu lagi jentera popular jenama itu, GS, BMW RT ini menjadi kesayangan pemiliknya kerana:
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Stabil
Susun atur enjin boxer memberikan ia titik graviti yang rapat ke bumi, menjadikan ia sangat stabil pada kelajuan rendah atau tinggi.


Enjin yang "just nice"
Enjin 1,200 cc atau 1,250cc boxer pada RT ini bukanlah enjin yang paling berkuasa, tetapi cukup memadai untuk pelbagai jenis tunggangan.
Ia lancar untuk kelajuan rendah di dalam bandar, dan cukup laju untuk kebanyakannya pemiliknya.

 

 

Sesuai untuk rider baharu
Kerana fleksibiliti RT ini, ia tidak menakutkan penunggang-penunggang baharu.
Dan kerana ia boleh direndahkan, kaki lebih mudah mencecah tanah dan ini menambahkan keyakinan penunggang baharu.

Selesa
Posisi menunggang yang ternyata selesa untuk kebanyakan penunggang membuatkan RT ini sesuai untuk pelbagai jenis pengguna.
Sistem gantungan bolehubah juga memudahkan pengguna mencari set-up yang paling sesuai.
BMW juga mempunyai kit untuk merendahkan motosikal mereka, sekali lagi menjadikan ia lebih ergonomik.
Paling penting, ia sesuai untuk dua orang penunggang!

 

 

Praktikal
Dengan pannier (beg sisi) yang terbina sekali, RT ini masih mudah untuk "mencilok" dan ia nampak cantik serta kemas. Ia juga lengkap dengan aksesori-aksesori yang penting untuk sebuah jentera tourer - contohnya, skrin hadapan boleh-laras secara elektrik dan cermin sisi built-in yang bukan setakat cantik, tetapi tidak terlalu mencapang.

Modern
Lengkap dengan skrin TFT dan sistem audio terbina, ia adalah sebuah motosikal GT yang sesuai untuk perjalanan jauh.
Ia juga hadir dengan mod tunggangan dan sistem keselamatan yang lengkap, membuatkan pemiliknya merasa puas hati dengan wang yang dibayar. Ia juga mempunyai sistem audio yang mudah digunakan, sama seperti sistem menu yang nampak berbelit tetapi sebenarnya, juga sangat mudah untuk digunakan.

 

 

Lasak dan mudah diselenggara
Oleh kerana ia sangat popular, ramai mekanik mampu membantu anda untuk menyelenggarakannya.
BMW Motorrad sendiri menawarkan waranti yang lengkap untuk tiga atau lima tahun.
Paling penting, ia kurang meragam dan masalah biasanya mudah diselesaikan.

Banyak aksesori
Sekali lagi, kerana ia cukup popular, ada banyak aksesori yang dibawa masuk untuk melengkapkan lagi motosikal ini. Ini termasuk sistem ekzos, lampu kabus, top box dan pelbagai lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ada juga beberapa perkara tentang GS ini yang sebenarnya boleh dikaitkan dengan sebuah kenderaan…
Berita Domestik
Menurut BMW MCM, pihak kelab menyewakan unit-unit pendingin hawa mobil untuk kegunaan klinik-klinik…
Berita Domestik
  Pengunjung 300 orang pertama akan dihadiahkan Insurans Komprehensif BMW atau MINI yang bertempoh…