BMW S 1000 R 2021 - roadster naked paling ringan dalam kelasnya, lebih dinamik

oleh Mohamad Hanif|
Bagi merancakkan lagi tahun 2020 yang bakal berakhir tidak lama lagi, BMW Motorrad membawakan dua buah model motosikal baharu, salah satu daripadanya adalah model G 310 R, dan sebuah lagi merupakan S 1000 R 2021 - senang cerita S 1000 RR hadir dalam versi naked.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan yang lebih ketara dibuat terhadap unit lampu utama, di mana BMW Motorrad telah membuang lampu yang tidak simetri itu dan menggantikannya kepada unit tunggal LED.

Untuk menjadikan penampilan yang lebih dinamik, BMW Motorrad turut melakukan sedikit perubahan terhadap panel sisi dan juga komponen belly pan.

 


Enjin empat silinder sebaris 999 cc yang dibangunkan berdasarkan model S 1000 RR telah dioptimasikan untuk tunggangan yang lebih menyenangkan, dibantu dengan penggunaan nisbah gear keempat hingga keenam serba baharu.

Ia mampu menjana 165 kuasa kuda dan 114 Nm daya kilas (@9,250 rpm), di mana sekurang-kurangnya lebih daripada 80 Nm daya kilas sudah pun boleh dikerah seawal 3,000 rpm, manakala selebihnya pada julat 5,500-12,000 rpm.

 


Dalam proses rekaan, BMW turut menekankan aspek penjimatan berat badan termasuklah meminjam beberapa komponen daripada jentera S 1000 RR seperti casis, lengan ayun dan enjin yang disebutkan tadi.

Hasilnya, BMW S 1000 R lebih ringan 6.5 kg, atau 199 kg berat kering tanpa sebarang pakej opsyen yang ditawarkan, menjadikannya jentera roadster paling ringan di dalam kelasnya.

Casis Flex Frame yang digunakan bukan sahaja mennjadikannya lebih ringan, akan tetapi membantu aspek ergonomik penunggang terima kasih kepada rekaan pinggang yang membenarkan penunggang merapatkan lutut ke dalam, dan bar handel yang boleh dilaras ketinggiannya.

 


Selain daripada itu, aspek tunggangan turut dibantu dengan sistem pemantauan unit inersia enam paksi yang mengawal fungsi standard seperti anti-wheelie, ABS Pro dan kawalan cengkaman dinamik.

Terdapat sehingga tiga mod tunggangan iaitu Rain, Road dan Dynamic, serta mod Dynamic Pro yang mengoptimasikan kawalan wheelie dan launch control, engine braking dan drag torque.

Segala informasi dipaparkan menerusi skrin kluster instrumen bersaiz 6.5 inci TFT dan boleh dikawal menggunakan tangan kiri.

 


Antara ciri opsyen lain yang ditawarkan oleh BMW Motorrad termasuklah sistem lampu membelok adaptif, pakej opsyen M, Carbon, Milled Parts, sistem navigasi, dan ciri penukaran gear quick shifter.

Setakat ini tiada sebarang tanda harga diumumkan oleh BMW Motorrad.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…