BMW S 1000 R 2021 - varian Style Sport dan M Package, harga dari RM105k

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada BMW M 1000 RR 2021, BMW Motorrad turut membawakan model BMW S 1000 R yang didatangkan dalam dua varian, iaitu Style Sport dan BMW M Package dengan harga yang lebih mampu milik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Varian Style Sport membawakan warna Hockenheim Silver Metallic sementara varian BMW M Package pula boleh didapati dalam kombinasi warna Light White, Racing Blue Metallic dan juga Racing Red, selain menampilkan ciri moden seperti lampu LED adaptif, lampu belakang LED, Headlight Pro dan lampu nyalaan siang.
 

S 1000 R


Dari segi kuasa, BMW S 1000 R dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris 999 cc yang mampu menghamburkan 207 kuasa kuda @ 13,500 rpm, daya kilas 113 Nm @ 11,000 rpm, teknologi BMW ShiftCam serta penggunaan bahan api serendah 6.4 liter untuk setiap 100 km.

Terdapat empat mod tunggangan yang boleh dipilih iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race, serta dibantu dengan pelbagai kawalan elektronik seperti Dynamic Traction Control, ABS Pro, BMW Motorrad Integral ABS, Dynamic Engine Brake Control (DBC), Dynamic Damping Control (DDC), Cruise Control serta HP Shift Assistant Pro.
 

S 1000 R


Khas untuk varian BMW M Package adalah pemasangan BMW M Endurance Chain yang bebas penyelenggaraan dan mampu bertahan lama tanpa sebarang penjagaan rapi dan pelincir.

Selain daripada itu, BMW M Package juga turut merangkumi pelana sport M, bateri ringan M, Sport Silencer dan juga M GPS Laptrigger.
 

S 1000 R


Harga jualan untuk BMW S 1000 R bermula dari RM104,500 untuk varian Style Sport, dan RM119,500 untuk mereka yang memilih BMW S 1000 R M Package.

Baca: BMW S 1000 R 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berpunca daripada kemaskini perisian Riding Modes Pro yang telah dibuat sebelum ini yang mampu…
Berita Global
BMW Motorrad misalnya, berjaya merekodkan angka jualan sebanyak 194,261 unit sepanjang tempoh 2021…
Model Terbaharu
Perubahan yang lebih ketara dibuat terhadap unit lampu utama, di mana BMW Motorrad telah membuang…