BMW S 1000 RR Isle of Man - 50 unit sahaja, bermula dari RM163 ribu di Perancis

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun acara tahunan Isle of Man TT 2021 terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik yang masih belum reda, BMW Motorrad membawakan satu kejutan buat para peminat sukan perlumbaan paling bahaya atas muka bumi itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, BMW S 1000 RR Isle of Man.

Mengambil inspirasi daripada BMW M3 2021, BMW S 1000 RR Isle of Man ini membawakan warna hijau unik Isle of Man Green, selain tulisan 'S 1000 RR Isle of Man Edition' yang terdapat pada tangki bahan api.

 


Penampilan jentera ini turut diserikan dengan lapisan tinted kuning pada unit lampu utama LED, cermin windscreen yang turut disaluti, serta rim tempa khas M yang dikemaskan dengan warna kuprum.

Selain daripada perubahan bersifat kosmetik, BMW S 1000 RR turut dilengkapi dengan ciri seperti kawalan peredam dinamik, kawalan jelajah Dynamic Pack, pemegang bar hendal dengan ciri pemanas terbina, rantai endurance M, LapTrigger GPS M, dan slot USB daripada Sport Pack.

 


Akhir sekali, jentera ini didatangkan dengan sistem ekzos Akrapovic daripada titanium, bateri ringan M, lengan ayum M, mod tunggangan Pro, serta beberapa komponen yang diperbuat daripada gentian karbon.

Harga jualan BMW S 1000 RR Isle of Man Edition ini bermula dari At €33,005 (RM163 ribu), dan hanya 50 unit sahaja yang akan diproduksikan.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Memahat tanda aras baharu dalam segmen superbike, BMW S 1000 RR baharu berdiri teguh sebagai antara…
Berita Global
Enjin empat silinder sebaris 999 cc itu menghasilkan kuasa setinggi 205 hp dan 113 Nm, namun ia…
Pelancaran Motosikal
BMW S 1000 RR 2021 ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris sejukan cecair 999 cc dengan…