BMW sentap - "Jangan cerita kisah lama, ini jauh lebih baik!"

oleh Mohamad Hanif|
Seringkali kita mendengar luahan dan rungutan daripada para peminat 'sejati' BMW ketika acara pelancaran model terbaharu dengan mengatakan ayat cliche: "Rindu zaman BMW lama!".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ayat tersebut diselangi dengan kata-kata kutukan yang menyifatkan kereta BMW baharu semakin besar, gemuk, berat, terlalu berteknologi dan tidak sporty seperti mana dua tiga generasi terdahulu. 

Pun begitu, BMW sememangnya sedar akan kritikan yang dilontarkan kepada mereka terutama ketika pelancaran model-model baharu, dan mereka tidak menyukai apa yang diperkatakan itu. 
 


Menerusi temubual yang dijalankan oleh Motoring.au, ketua unit pembangunan BMW Klaus Frohlich menegaskan kereta 3 Series baharu ini dibangunkan untuk menewaskan para pesaing di dalam kelas tersendiri. 

"Saya sudah muak dengan kenyataan (kritikan) yang diberikan oleh para pengamal media Australia, UK dan Amerika yang menyatakan E46 CSL merupakan 3 Series terakhir yang sebenar," tambah beliau. 

Tambah Frohlich lagi, 3 Series masih merupakan 'roti dan mentega' utama BMW dalam aspek jumlah jualan dan karakteristik tersendiri berbanding barisan kenderaan BMW yang lain. 

"Anda masih boleh memandu dengan laju, dalam keadaan relaks sepenuhnya; anda tidak akan sedar berapa laju anda pergi, dan yang kedua, 3 Series merupakan satu pencapaian besar dalam penggunaan bahan, ia sangat padu!
 


"Ia seakan 5 Series dari segi keselesaan, oleh kerana rekabina casis diperkukuh yang sungguh tegap sejak dari awal," tambah beliau lagi. 

Artikel ini dikhususkan buat mereka yang masih KLMJ (kenangan lalu mengusik jiwa) terhadap memori lalu BMW E46 3 Series, dan BMW amat menghargai anda untuk tidak mengimbau semula kenangan terhadap E46 itu. Noktah. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…