BMW Shorties Bakal Tayang 30 Filem Pendek di Astro GO Sempena Merdeka Dan Hari Malaysia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Mulai 24 Ogos sehingga 18 September 2022, BMW Shorties iaitu pertandingan filem pendek dan kandungan digital paling berprestij dengan sejarah penganjuran yang paling lama di Malaysia bakal menayangkan filem-filem BMW Shorties dari tahun 2011 hingga 2019 di kaca televisyen anda menerusi Astro GO.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bagi meraikan bakat-bakat warga tempatan kita dalam menghasilkan sebuah filem pendek yang berkualiti. Sebanyak 30 filem pendek ciptaan warga Malaysia akan disiarkan di Astro GO sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia dan ini sebagai tanda kembalinya pertandingan BMW Shorties untuk tahun 2022.
 

BMW SHorties


Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW Shorties merupakan sebuah usaha kreatif daripada BMW Group Malaysia untuk meneroka dan mendukung bakat-bakat perfileman tempatan, dan kini ia kembali untuk tahun 2022! Program ini mengiktiraf para bakat tempatan dalam pengembaraan kreatif mereka, dan kami turut memetik ilham daripada golongan ini sebagai sebuah jenama dalam lapangan inovasi dan kreativiti.” 

Di samping itu, pertandingan BMW Shorties turut bakal dianjurkan untuk tahun yang ke-16 dengan tema “RE:IMAGINE”.  Pertandingan ini bertujuan untuk menyediakan sebuah platform bagi para pembikin filem dan kandungan digital untuk memaparkan kreativiti masing-masing. 

Malah  ditawarkan geran produksi bernilai RM 80,000 sekali lagi kepada pemenang hadiah utama BMW Shorties untuk membikin sebuah filem pendek hasil pembiayaan BMW Shorties.
 

Shorties


"BMW Shorties merupakan sebuah usaha kreatif daripada BMW Group Malaysia untuk meneroka dan mendukung bakat-bakat perfileman tempatan dan kini ia kembali untuk tahun 2022. Program ini mengiktiraf para bakat tempatan dalam pengembaraan kreatif mereka. Kami turut memetik ilham daripada golongan ini sebagai sebuah jenama memiliki inovasi dan kreativiti tersendiri.

“Kolaborasi dengan Astro ini hadir tepat pada masanya, menjelang sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia menunjukkan bahawa usaha kreatif yang berputik di Malaysia ini masih teguh mengiktiraf bakat-bakat tempatan selain menjadi sumber inspirasi kepada semua golongan dalam negara ini,” jelas Ambi lagi. 

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mencapai edisi ke-17, BMW Shorties menampilkan para individu berpengalaman dan ternama dalam…
Berita Domestik
Setiap tahun, penganjuran pertandingan tersebut berhasrat untuk mengangkat pembikin filem dan…
Berita Domestik
Dengan tema RE:IMAGINE pada tahun ini, bertempat di Petaling Street, Kuala Lumpur, pemenang edisi…