Hadir dengan tema baharu untuk tahun ke-18, BMW Shorties bertujuan untuk mencabar pencipta kandungan tempatan dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk menginovasi penceritaan serta meneruskan minat mereka dalam medium kreatif.
Tahun ini, panel penilai BMW Shorties terdiri daripada lima pemenang pelbagai anugerah, iaitu Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang and You Mean The World To Me), Nadiah Hamzah (Motif), Jeany Amir (Bu, Kasih Suci), Tunku Mona Riza (Redha dan Rain Town) dan Ghazi Alqudcy (Visa Sementara, Surat dari Hujung Dunia).
Seperti tahun sebelumnya, pemenang hadiah utama BMW Shorties 2024 akan dianugerahkan geran pengeluaran sebanyak RM80,000 untuk menghasilkan projek BMW Shorties mereka.
Pengiktirafan untuk pencapaian kreatif lain juga akan dianugerahkan dalam pelbagai kategori sokongan termasuk:
- Pengarah Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Lakon Layar Terbaik
- Sinematografi Terbaik
- Reka Bentuk Pengeluaran Terbaik
- Penyuntingan Terbaik
- Reka Bentuk Bunyi Terbaik
- Anugerah Pilihan Rakyat
- Anugerah Pelajar Terbaik.
Penyerahan akan dibuka bermula dari 29 Julai hingga 30 September 2024 jam 6:00 petang melalui laman web BMW Shorties.