BMW Shorties raikan tahun yang ke-13 dengan tema, ‘UNCHARTED’

oleh SALINA JALIL|
BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan acara BMW Shorties edisi ke-13, iaitu sebuah pertandingan filem pendek yang pernah dianjurkan di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia berkata,“BMW Shorties telah menemui lebih daripada 900 bakat untuk filem dan industri kandungan digital sejak 12 tahun yang lalu. Sebagai pertandingan filem pendek dan diiktiraf di Malaysia, BMW Shorties akan meneruskan ikhtiar pembikinan filem dan kandungan digital.

Karya nukilan yang pernah berjaya adalah seperti ‘Jagat’ oleh Shanjey Kumar, ‘Guang’ oleh Quek Shio Chuan dan ‘Fly By Night’ oleh Zahir Omar, dan BMW amat teruja untuk menyaksikan bakat-bakat baharu daripada BMW Shorties 2019,” ujarnya lagi.

 

Tema bagi BMW Shorties edisi ke-13 ialah ‘UNCHARTED’. Meraikan konsep penerokaan dan penjelajahan, ia melambangkan sebuah kombinasi antara sempurna dan sifat ingin tahu serta kecekalan. 

 

 

“Konsep UNCHARTED adalah pencarian idea baharu yang kreatif dan mencungkil serta memberi peluang kepada semua bakat-bakat yang berada di luar sana dan menjadi pelopor dalam cara tersendiri", jelas Ambi lagi.

 

Untuk tahun ini, barisan para juri terdiri dari:-

1. Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang dan Rise: Ini Kalilah) 
2. Indrani Kopal (The Game Changer dan Incarcerated Rhythm) 
3. Amanda Nell Eu (Lagi Senang Jaga Sekandang Lembu), 
4. Panel penasihat bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) – Nadira Ilana (The Silent Riot) 
5. Adrian Teh (Ice Kacang Puppy Love dan PASKAL The Movie).

 

bmw


 


Pemenang utama BMW Shorties 2019 akan mendapat sebuah geran produksi yang bernilai RM 80,000.
Pengiktirafan juga akan diberikan kepada Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular serta kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini, Anugerah Pelajar Terbaik.

 

Penyertaan untuk acara BMW Shorties akan dibuka pada 8 Ogos 2019 sehingga 11 Oktober 2019 selewat-lewatnya pada jam 6:00 petang.

 

Tahun ini, BMW Shorties juga akan menerajui segmen filem Urbanscapes - pesta seni kreatif yang paling lama di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai BMW Shorties dan cara untuk menyertainya, boleh didapati di laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  BMW Neue Klasse tidak terkecuali dan mampu menyimpan tenaga elektrik dan berfungsi sebagai…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…