Baru-baru ini, BMW telah memperkenalkan sebuah model konsep yang digelar sebagai BMW Vision M Next yang membayangkan kereta masa hadapan dari pengeluar Munich itu.
BMW Vision M Next yang banyak meminjam elemen BMW yang klasik (M1) dan moden (BMW i8) itu didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris yang digandingkan dengan motor elektrik berkembar.
Kuasa yang terhasil mampu mencecah kira-kira 600 kuasa kuda, pecutan sepantas 3 saat dari pegun ke 100 km/j dan halaju maksima 300 km sejam.
Pun begitu, walaupun BMW Vision M Next ini kelihatan seakan pengganti kepada BMW i8, ia sebenarnya bukanlah pengganti sebenar kepada model tersebut.
Menurut pengarah pembangunan Klaus Frolich berkata, setakat ini tiada sebarang pengganti sebenar bagi model BMW i8 (dan juga BMW i3).
Ini bermakna BMW Vision M Next mungkin bakal menjadi model aras mercu di dalam segmen kereta berprestasi tinggi berkuasa elektrik.
Dalam satu laporan yang dipetik daripada Car Sales, BMW juga turut mengesahkan Vision M Next yang bakal memasuki produksi dalam masa kira-kira tiga tahun akan datang.
Ketika ditanya kemungkinan BMW akan menghasilkan kereta M berkuasa elektrik sepenuhnya, ini jawapan yang diterima:
"Kami menolak idea ini kerana sebuah kereta M perlu menunjukkan aksi seperti sebuah kereta M sebenar.