BMW tiada perancangan untuk model gantian i3, i8.

oleh SALINA JALIL|
BMW bakal memperkenalkan model terbaharu bagi platform kenderaan elektrik mereka, i4 dan iNext seawal tahun 2020 dan 2021. Namun begitu, model yang memperkenalkan jenama sub BMW i iaitu model i3 dan i8 dikatakan masih tiada perancangan untuk menghasilkan model gantian.

Kedua-dua model tersebut telah diperkenalkan di Amerika pada tahun 2014 dan telah dikemaskini ciri-cirinya pada tahun 2017 bagi i3. Sementara itu model sport hybrid i8 pula bakal menerima penambahbaikan untuk varian coupe dan roadster seawal musim bunga tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Stefan Juraschek, Ketua Unit Elektric Powertrain bagi BMW AG berkata masih terlalu awal untuk menyebut pengganti bagi model i3 dan i8. Ini kerana kedua-dua model ini adalah unik, dan merupakan projek perintis bagi BMW meluaskan lagi bidang penyelidikan mereka di dalam pembangunan kereta elektrik.

bmw 1.1

 

Menurut laporan daripada Automotive News lagi, BMW kini sedang menambah baik plaform utama kenderaannya bagi meluaskan dan memperkukuhkan lagi penawaran model terbaru mereka untuk enjin pembakaran dalaman (combustion engine), model elektrik, dan juga model plug-in hybrid

“Platform generasi terbaru ini bakal bersedia untuk pengeluaran bermula tahun 2021 dan komponen untuk kenderaan elektrik pula bakal dikeluarkan dalam bentuk kit modular yang sesuai dengan platform terbaru itu,” tambah Juraschek mengakhiri bicara.

 

 

Berita Global dari Automotive News

 

Penulis muda: Muhamad Hanif

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…