BMW tidak abaikan pembangunan enjin pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Audi dan Mercedes-Benz, BMW nampaknya masih lagi belum berputus asa terhadap pembangunan enjin pembakaran dalaman baharu untuk kegunaan pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Drive, hal ini disuarakan sendiri oleh CEO BMW Oliver Zipse yang menyebut permintaan terhadap kenderaan berenjin (ICE) akan kekal kuat dalam masa beberapa tahun akan datang.

Terdahulu, CEO Audi Markus Duesmann menyebut mereka kini tidak lagi membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu, sebaliknya akan terus menggunakan enjin sedia ada dan menambahbaik aspek sedia ada supaya ia terus kekal relevan untuk dijual.

Komen Zipse berhubung enjin pembakaran dalaman bukanlah membawa maksud BMW akan mengabaikan pembangunan kenderaan elektrik, malah syarikat automotif itu baharu sahaja berkongsi butiran berkenaan model SUV elektrik pertama mereka, BMW iX dan sedan sports BMW i4.

Peranan enjin pembakaran dalaman masih lagi diperlukan, terutama bagi model-model plug-in hybrid yang masih lagi dibenarkan penjualannya di Eropah, serta pasaran luar Eropah yang tidak mempunyai polisi pelaksanaan EV.

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Informasi
Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…