BMW, Toyota kerjasama hasilkan kenderaan berkuasa hidrogen seawal 2025

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara pengeluar utama Toyota dan BMW tidak terhad kepada model GR Supra/Z4 semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu laporan terbaharu, kedua-dua pengeluar itu merancang untuk membangunkan barisan kenderaan sel bahan api hidrogen seawal tahun 2025.

Menurut Nikkei Asia, ketua unit jualan BMW Pieter Nota tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung model yang bakal dihasilkan oleh kedua-dua BMW dan Toyota, namun beliau menjelaskan BMW melihat trenkuasa hidrogen sebagai satu perkara yang relevan untuk model-model SUV yang lebih besar.
 

iX5


BMW sebelum ini telah pun memperlihatkan sebuah model konsep iX5 Hydrogen, di mana model SUV itu dijangka akan mula dihasilkan pada tahun ini sebagai penawaran unit terhad.

Atas kertas, BMW iX5 Hydrogen berupaya menghasilkan kuasa setinggi 369 hp, di mana unit sel bahan api itu sahaja mampu menjana kuasa 168 hp dengan tangki bahan api hidrogen sebesar enam kilogram sebanyak dua unit dan masa pengisian yang hanya mengambil masa sekitar 3-4 minit sahaja.
 

Mirai


Toyota merupakan antara pengeluar yang sudah pun memiliki kereta berkuasa hidrogen menerusi model Mirai yang sudah pun memasuki generasi kedua, dan hanya ditawarkan di pasaran tertentu buat masa ini.

Baca: BMW iX5 Hydrogen Concept

Baca: Toyota Mirai 2021 di Jepun

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…