BMW umum kos pengecasan di pusat pengedar, bermula serendah RM0.40/minit

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan struktur caj yang dikenakan di kesemua fasiliti pengecasan BMW i.

Menerusi kerjasama dengan ChargEV, BMW Group Malaysia menawarkan akses kepada rangkaian pengecasan yang terdiri daripada 400 buah fasiliti termasuk di Sabah dan Sarawak.

Para pemilik kenderaan elektrik (EV) BMW boleh mendaftarkan diri sebagai ahli ChargEV dengan kadar bayaran RM240 setiap tahun untuk menikmati kadar pengecasan yang lebih rendah, serta akses pengecasan AC secara percuma di seluruh negara.

BMW Group Malaysia turut menyediakan kadar penggunaan bagi bukan ahli bagi membolehkan semua pengguna EV di Malaysia mendapat akses pengecasan yang lebih mudah.

Berikut merupakan senarai kadar kos pengecasan yang dikenakan di pusat pengedar BMW yang terpilih:
 

BMW i


Dengan menggunakan aplikasi mudah alih chargEV, pengguna juga boleh membuat carian lebih 250 buah lokasi stesen pengecasan, selain menempah, memulakan atau menghentikan proses pengecasan dari jauh, serta melihat status pengecasan dalam masa nya.

Untuk mendaftar, pengguna boleh melayari laman web https://chargenow.chargev.my/.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Domestik
Merangkumi tempoh dua tahun, MoU tersebut bakal menyaksikan Gentari bekerjasama dengan LCM untuk…