BMW Vision Neue Klasse Concept didedahkan - Beri bayangan rupa EV 3 Series masa depan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW telah memperlihatkan model Vision Neue Klasse Concept yang bakal diproduksikan pada tahun 2025, sekaligus menjadi bahasa reka bentuk baharunya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan Vision Neue Klasse sebagai kelahiran semula BMW untuk era baharu, ia akan menumpukan pada trajektori mendalam mereka terhadap EV dengan seni bina khusus serba baharu.

Neue Klasse bukanlah nama baharu, ianya telah diperkenalkan pada tahun 60-an, dimana ia dirancang untuk fokus kepada sporty dan mengutamakan prestasi pemanduan.

 

2

 

Vision Neue Klasse membolehkan BMW menunjukkan kepada orang ramai tentang rupa dan prestasi kenderaan pada masa hadapan.

Seperti yang diberitakan Sebelum ini, EV masa depan BMW akan menggunakan platform Neue Klasse, dengan enam model baharu disahkan bakal dilancarkan antara tahun 2025 dan 2027.

Vision Neue Klasse menjadi model pertama yang dipratonton sebagai sedan elektrik kecil, yang juga merupakan pengganti kepada model 3 Series dalam era elektrifikasi.

 

4

 

Model konsep itu mempamerkan kedua-dua reka bentuk dan teknologi yang akan ditemui dalam sedan elektrik BMW pada masa akan datang, termasuk model 3 Series yang akan dibina menggunakan binaan platform Neue Klasse.

Konsep terkini BMW itu menampilkan rupa bentuk berkotak serta beberapa karakteristik BMW diperbaharui seperti dua jeriji buah pinggang yang tidak terlalu besar, bersama lampu depan dengan reka bentuk Hofmeister.

Jeriji hadapan itu jugas dihadirkan dengan fungsi animasi 3D yang akan mula berfungsi apabila pemandu bergerak ke arah kereta.

 

3

 

Pada bahagian sisi, ia didatangkan dengen arch roda besar yang menempatkan rim aerodinamik bersaiz 21 inci, disudahkan dengan garis badan yang ringkas dan kemas.

Pada bahagian belakang juga, rekaan yang ringkas didatangkan dengan lampu belakang cetakan 3D memanjang dan bersegi. Cat pada model konsep itu pula didatangkan dengan warna bercahaya digelar sebagai “Joyous Bright”.

Pada bahagian dalam, model konsep itu didatangkan dengan BMW Panoramic Vision dan Central Display, dengan kawalan kini hanya pada stereng membantu pengguna menavigasi paparan iDrive di bahagian tengah.

 

5

 

Panoramic Vision kini menampilkan skrin infotainment ke peringkat seterusnya, di mana Ia memaparkan maklumat pada ketinggian yang dipadankan dengan sempurna kepada pemandu di seluruh cermin depan.

Dalam situasi pemanduan, BMW 3D Head-Up Display memaparkan maklumat seperti ciri bantuan pemandu dan panduan trafik.

Walaupun maklumat mengenai trenkuasa belum didedahkan, namun versi produksi konsep itu dijangka menggunakan teknologi BMW eDrive generasi keenam, dengan penambahbaikan jarak gerak dan kelajuan pengecasan.

 

6

 

Manakala penggunaan pek bateri akan dibekalkan oleh CATL dan Eve Energy, dan juga binaan platform 800V, yang meningkatkan kelajuan pengecasan.

Pengeluaran EV Neue Klasse pertama akan dimulakan pada 2025 di Debrecen, Hungary, di mana pengenalan sedan itu akan disusuli oleh SUV dan empat EV lain pada beberapa bulan akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  BMW Neue Klasse tidak terkecuali dan mampu menyimpan tenaga elektrik dan berfungsi sebagai…