BMW X1 2023 generasi baharu kini di Malaysia, unit CKD, dari RM259,800

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan model Sports Activity Vehicle (SAV) BMW X1 generasi ketiga versi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadir dalam varian tunggal xLine, BMW X1 sDrive20i ini membawakan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter dengan kuasa 204 hp dan daya kilas 300 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 7.6 saat.

Kuasa itu tadi disalurkan kepada roda depan menerusi transmisi Steptronic Dual Clutch Sport tujuh nisbah kelajuan, dengan penggunaan bahan api serendah 7.2 liter/100 km.
 

BMW


Dari segi luaran, BMW X1 2023 ini membawakan jeriji buah pinggang bersaiz besar dengan bingkai Pearl Chrome, bilah hitam hitam berkilat, unit lampu LED adaptif, lampu nyalaan siang baharu, dan rim aloi V-Spoke 19 inci Style 867 Bicolour.

Ukuran dimensi bertambah besar, di mana BMW X1 membawakan ukuran sepanjang 4,500 mm, lebar 1,845 mm, tinggi 1,616 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,692 mm, diikuti kapasiti kargo yang mampu mencecah 1,527 liter.
 

BMW


Ruang kokpit BMW X1 ini menampilkan ciri paparan melengkung BMW Curved Display yang menempatkan skrin kluster 10.25 inci dan skrin infohibur 10.7 inci, sistem operasi BMW Operating System 8, pengecasan tanpa wayar, roda stereng balutan kulit M, sistem pendingin hawa dua zon, serta tempat duduk sports balutan Sensatec.

Konsol tengah jenis terapung itu menempatkan butang kawalan termasuklah tuil gear, butang larasan pembesar suara, serta butang My Modes yang lebih senang untuk dicapai.

Ciri keselamatan yang tersedia termasuklah Driving & Parking Assistants, Bantuan Mula Mendaki, Pengehad Kelajuan, Amaran Keluar Lorong dengan intervensi stereng aktif, Amaran Pelanggaran Hadapan dan Bantuan Tumpuan Pemandu.
 

x1


Terdapat sehingga lima warna menarik ditawarkan iaitu Black Sapphire, Alpine White, Cape York Green, Phytonic Blue dan Space Silver, sementara ruang kabin pula mendapat kemasan upholsteri Black Perforated Sensatec dan M Headliner Anthracite.

Untuk pasaran Malaysia, BMW X1 sDrive20i xLine 2023 versi CKD ini dijual pada harga bermula dari RM259,800, lengkap dengan Jaminan Lanjutan, Pakej Servis, Cukai jualan dan Perkhidmatan (tanpa insurans).

Pembeli juga boleh mendapatkan rebat RM10,000 (bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2023) yang membolehkan mereka menikmati bayaran bulanan serendah RM2,838.00 menerusi pembiayaan Easy Line (kadar pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun), berbanding nilai asal RM3,015.00 tanpa rebat.