BMW X2 2024 rasmi, SAV coupe dengan 312 hp, versi elektrik boleh gerak 449 km

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada BMW X2 2024, alternatif yang lebih sporti kepada sports activity vehicle (SAV) BMW X1 dengan membawakan pendekatan rekaan yang lebih segar untuk sebuah Beemer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari sudut pandang luar, BMW X2 membawakan garis bumbung seakan sebuah model coupe, unit lampu dengan rekaan baharu di bahagian depan dan belakang, struktur jeriji buah pinggang yang lebih lebar, serta arka roda yang lebih menonjol.

Berikut merupakan beberapa fakta ringkas berkenaan BMW X2 generasi baharu:
 

X2


1. X2 membawakan ukuran sepanjang 4,554 mm (+193 mm), lebar 1,845 mm (+21 mm), tinggi 1,590 mm (+64 mm) dengan jarak antara roda bertambah 22 mm kepada 2,692 mm berbanding model terdahulu.

2. Kesan daripada penambahan dimensi, ruang kabin X2 kini menjadi lebih luas, terutama pada aspek ruang lutut.
 

X2


3. Ruang kargo kini sebesar 560 liter yang boleh dibesarkan sehingga 1,470 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

4. Versi elektrik iX2 pula menawarkan ruang kargo antara 525 liter hingga 1,400 liter.
 

x2


5. Bergantung kepada pasaran, BMW X2 boleh didapati dengan beberapa pilihan trenkuasa, seperti berikut:
BMW X2 sDrive20i - enjin 1.5L + hibrid ringan 48V, 170 hp, 280 Nm, 0-100 kmsj 8.3 saat
BMW X2 xDrive28i - enjin 2.0L, 241 hp, 400 Nm, 0-100 kmsj 6.4 saat
BMW X2 M35i xDrive - enjin 2.0L, 312 hp, 400 Nm, 0-100 km/j 5.4 saat

Kesemua model dilengkapi dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan generasi baharu yang menawarkan penggerak elektrik, nisbah gear yang lebih luas, lebih cekap dan dibantu dengan  pembeza gelincir terhad mekanikal untuk cengkaman maksimum dan kestabilan pengendalian.

Di Eropah, versi M35i xDrive hanya sekadar menghasilkan 295 hp disebabkan undang-undang pelepasan emisi yang dilaksanakan.
 

iX2


6. Terdapat juga versi elektrik iX2 dengan varian tunggal iX2 xDrive30, menawarkan tetapan dua motor elektrik 313 hp dan 494 Nm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 5.6 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j.

7. Pek bateri berkapasiti 64.8 kWh menawarkan jarak gerak antara 417 km hingga 449 km, jauh lebih efisien berbanding iX1 (438 km) mengikut data WLTP.

BMW iX2 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 130 kW di mana pengecasan 10-80 peratus SoC bateri hanyalah sekitar 29 minit sahaja.

Secara standard, BMW X2 menyokong pengecasan AC 11 kW (pengecasan penuh 6.5 jam) yang boleh dinaik taraf kepada 22 kW (opsyen) untuk pengecasan penuh selama tiga jam 45 minit.
 

iX2


8. Ruang kabin BMW X2 menempatkan panel melengkung yang terdiri daripada skrin sebesar 10.25 inci dan skrin infohibur 10.7 inci yang dikuasakan oleh BMW iDrive 9, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, fungsi penstriman BMW Digital Premium, serta rekaan konsol tengah terapung (sama macam X1).

Varian X2 M35i xDrive mendapat tempat duduk semi bucket M Sport yang lebih sporti, berserta dengan logo M.
 

iX2


9. Aspek aerodinamik X2 turut ditambah baik untuk kecekapan dan dinamik pemanduan yang lebih baik, semua itu menjadikan X2 mencapai kadar pekali seretan serendah 0.25 (BMW iX2) atau 0.27 (BMW X2).

10. Harga jualan BMW X2 bermula dari £39,365 (RM228,829) sementara BMW iX2 pula bermula dari £56,540 (RM328,667).

BMW X2 dan BMW iX2 bakal diperlihatkan secara rasmi kepada umum pada acara Japan Mobility Show 2023 yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.