Kenderaaan BMW X2 yang pertama boleh ditempah melalui app.bmw.com.my/x2 bermula dari 16 Mac hingga 20 Mac 2018 dengan yuran tempahan sebanyak RM 3,000.00. Pemohon yang berjaya menempah kenderaan tersebut juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif daripada BMW Malaysia seperti kunjungan ke BMW Alpine xDrive Driving Experience di New Zealand, slot di BMW M Track Day yang terletak di Litar Antarabangsa Sepang, dan slot di Advanced Module Course oleh BMW Driving Experience yang juga terletak di Litar Antarabangsa Sepang.
Hadiah Utama | BMW Alpine xDrive di Southern Hemisphere Proving Grounds.
Southern Hemisphere Proving Grounds (SHPG) merupakan pusat latihan yang telah merangkul beberapa anugerah dan terletak di South Island, New Zealand. Fasiliti ini juga merupakan lokasi dunia yang utama bagi ujian kenderaan ketika musim sejuk.
BMW Malaysia menawarkan pelanggan yang menempah BMW X2 dalam talian dan membiayai pembayaran mereka melalui BMW Group Financial Services Malaysia peluang untuk memenangi kunjungan ke Southern Hemisphere Proving Grounds di New Zealand, dari 26 Jun hingga 28 Jun 2018 untuk BMW Alpine xDrive Experience.
Antara acara yang menarik termasuk peluang untuk menaiki helikopter ke Millbrook Resort di Arrowtown, pemanduan BMW dalam salji yang merangkumi drifting, slalom, penurunan cerun, pemanduan atas ais, perlumbaan drag, dan pusingan kompetitif atas litar bersama jurulatih BMW yang berkelayakan.
Di samping itu, sekiranya pemenang membiayai pembelian BMW X2 melalui BMW Group Financial Services Malaysia, syarikat pembiayaan tersebut juga akan menawarkan Assurance Shield Programme (ASP) kepada pemenang, iaitu insurans hayat yang menyeluruh bagi pemilik kenderaan berserta perlindungan pembiayaan untuk kenderaan tersebut.
Tobias Eismann, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia yang menjelaskan tentang Assurance Shield Programme berkata, “Penawaran insurans tersebut disertakan atas nama pemilik kenderaan, dan ia bukan sahaja meliputi perlindungan hayat, malah perlindungan terhadap pembiayaan kenderaan mereka juga turut disertakan untuk kebaikan pihak keluarga individu tersebut sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.”
Naib johan | BMW M Track Day.
Selain itu, pemenang juga akan berpeluang untuk memandu seleksi kenderaan BMW M di Litar Antarabangsa Sepang sempena program BMW M Track Day pada tahun ini.
Pemenang Tempat Ketiga | BMW Driving Experience.
Pengenalan terhadap pemanduan berkemahiran tinggi di Litar Antarabangsa Sepang. Advanced Module yang diwujudkan oleh BMW Driving Experience menggabungkan teknologi dan kemahiran memandu untuk menilai dan mengatasi bahaya melalui program pemanduan yang menarik. Program ini diperkenalkan untuk berkongsi teknik pemanduan selamat dan bertanggungjawab yang merupakan sebahagian daripada inisiatif BMW Malaysia iaitu Safety 3600 Program.