BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts tampil garang!

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts
BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts
Selepas memperkenalkan X3 generasi keempat (G45) pada Jun lalu, BMW menghangatkan lagi suasano dengan kit M Performance Parts.

Serentak dengan pelancaran, BMW turut memperkenalkan X3 dengan M Sport Package dan M Sport Package Pro.

Dalam keadaan standard pun sudah menonjol apatah lagi bila dipakaikan perkakasan M Performance.

Kit Performance Parts dibuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP), aramid berkekuatan tinggi dan poliuretana.
BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts

 

Selain estetika, kit luaran juga memenuhi keperluan dari segi binaan yang ringan dan aerodinamik.

Pemisah depan M Performance ditawarkan buat kali pertama untuk siri X3 dan melengkapi rupa garang bampar M Sport Package.

Rupa depan lebih labuh dengan binaan tiga bahagian yang dibuat dalam warna hitam kilat.

Logo M Performance pada panel depan dan dapra memberi identiti keistimewaan model ini.

 

BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts

 

Grafik pada pintu dalam warna Frozen Black mengukuhan lagi penampilan.

Tersimpan di sebalik panel penutup tangki minyak ialah tudung M Performance Carbon yang menyerlah semasa pengisian bahan api.

Satu lagi perkakasan menonjol ialah perumah cermin sisi M Carbon bersayap dan perumah aerial M Performance dari aramid yang lebih baik dari segi isyarat penerimaan.

Paling menyerlah pada kit M Performance ialah spoiler bersayap di atas spoiler yang dibuat daripada poliuretana dan dalam warna hitam kilat.

 

BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts

 

Bukan sahaja untuk penampilan, spoiler tinggi itu mengoptimumkan ciri aerodinamik kereta dan pelanggan juga boleh memesannya dalam warna sepadan badan.

Digabung bersama peresap bawah pada pendakap bampar sedia ada X3 bertambah garang.

Muncung ekzos M Performance Carbon ditawarkan secara eksklusif untuk BMW X3 M50 xDrive.

Perkakasan itu direka khas untuk sepasang muncung ekzos dan untuk menandakan X3 M50 xDrive sebagai model X3 paling berkuasa.

 

BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts

 

Enjin 3.0 liter M TwinPower Turbo 6 silinder dipadan bersama teknologi mild hybrid 48V dan keseluruhan sistem menghasilkan 398 kuasa kuda dan 580Nm.

Logo X3 dan M warna hitam kilat di belakang juga memberi identiti istimewa. Logo M50 turut ditawarkan dalam warna hitam kilatan tinggi.

Untuk roda, pelanggan ditawarkan rim aloi ringan M Performance saiz 22 inci dan dalam warna khusus Bicolour Jetblack kusam dengan kesan gosokan pada bahagian luar.

Satu lagi pilihan ialah rim M Performance 20 inci dalam warna Jet Black kusam dan set rim tambahan boleh disimpan di dalam beg tayar M Performance.

 

BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts

 

Bahagian dalam X3 tidak kurang menarik dengan pelapik ambang pintu M Performance Carbon atau pelapik M buatan aluminium.

Kaki pemandu memijak pelindung pedal besi tahan karat dan alas lantai M Performance.

Kunci kereta pula tersimpan kemas dalam sarung yang dibuat daripada Alcantara dan kulit ala karbon.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

BMW X3 (G45) dengan BMW M Performance Parts

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa yang terhad pada sedan, coupé dan hatchback menjadi bebas pada SUV. Terbaru BMW…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Sahabudin Abd Manan,…