BMW X4 xDrive30i M Sport - SUV Coupe CKD, harga dari RM380 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi kedua BMW X4 sudah pun selamat dilancarkan semalam dan untuk pasaran Malaysia, BMW hanya membawakan sebuah varian sahaja, iaitu xDrive30i M Sport. 

BMW menggelarkannya sebagai Sports Active Coupe (SAC) melihatkan kepada garisan bumbung yang lebih rendah, lenggok yang atletik serta karakter M Sport yang tersendiri. 
 


Enjin petrol empat silinder sebaris 2.0 liter ini mampu menghasilkan 252 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 350 Nm yang dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport lapan nisbah kelajuan.

Atas jalan, ia mampu memecut sepantas 6.3 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi yang mampu dicapai ialah sekitar 240 km/j. 

Walaupun berkuasa, BMW X4 masih mampu mencatatkan bacaan penggunaan bahan api 7.8 liter untuk setiap 100 km. 
 


Sistem pemanduan xDrive pacuan semua roda dilengkapi dengan ciri bantuan seperti suspensi adaptif, sistem stereng Variable Sport, pengunci differential elektronik, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Menurun Bukit, serta Kawalan Prestasi yang membahagikan kawalan enjin dan pembrekan pada setiap roda. 
 


Ruang dalaman pula menampilkan paparan sebesar 10.25 inci yang datang dengan Navigation System Professional, BMW ConnectedDrive, paparan head-up serta paparan instrumen bersaiz 12.3 inci. 

Penggunaan upholsteri kulit Vernasca menguasai ruang kabin, dan bumbung kaca panorama pula memberikan efek visual yang lebih luas pada SUV Coupe BMW X4 ini.

 


Walaupun nampak kecil, BMW X4 mampu menawarkan ruang barang sebesar 525 liter dan boleh dipertingkatkan kepada 1,430 liter apabila tempat duduk belakang (40/20/40) dibaringkan sepenuhnya. 

BMW X4 hadir dalam penawaran warna Alpine White, Carbon Black, Flamenco Red dan Phytonic Blue, dan untuk para pelanggan yang berminat, ia boleh didapati bermula 1 Jun 2019.
 


Harga cadangan pula bermula dari RM380,000 dan termasuk pakej jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, Program Servis Berjadual Percuma, dan Program Waranti Tayar BMW. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara perubahan ketara yang dibawakan pada kedua-dua crossover tersebut adalah rekaan jeriji buah…
Berita Global
Sudah terang lagi bersuluh, Geely mahukan penguasaan terhadap pasaran SUV yang kini sedang…