BMW X5, X6 M Competition 2024 - trenkuasa V8 MHEV 48V, 617 hp, 750 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran model facelift BMW X5 dan BMW X6 pada awal bulan yang lalu, BMW kini melancarkan versi kemaskini untuk varian berprestasi tinggi BMW X5 M Competition dan BMW X6 M Competition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, BMW X5 dan X6 M Competition 2024 menampilkan kemaskini reka bentuk seperti unit lampu yang lebih nipis, jeriji buah pinggang berwarna hitam, serta penawaran warna baharu termasuklah Brooklyn Grey Metallic, Isle of Man Green Metallic dan Frozen Pure Grey metallic.
 

X5


Prestasi pecutan 0-100 km/j untuk kedua-dua SUV M ini adalah sekitar 3.7 saat, sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 249 km/j secara elektronik, atau 285 km/j dengan pakej M Driver, sama seperti model pra-facelift.

Ini kerana, kedua-dua model tersebut masih lagi mengekalkan nadi bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar, namun enjin itu kini dibantu dengan sistem hibrid ringan 48-Volt.

Sebuah motor elektrik berkuasa 12 hp dan 199 Nm diintegrasikan ke dalam transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
 

X5


Walaupun angka output masih lagi kekal pada 617 hp dan 750 Nm, BMW mendakwa sistem MHEV itu mampu menawarkan pecutan yang lebih baik, selain menambahbaik aspek penggunaan bahan api yang lebih ekonomik.

Selain daripada itu, enjin V8 itu turut dikemaskini dengan penggunaan komponen baharu seperti manifold ekzos cross-bank, pacuan aci engkol yang diperkukuh, blow-off kawalan elektronik, sistem kemasukan udara yang disemak semula serta pam minyak vane-type.
 

M


Sistem ekzos M Sport adalah standard, namun komponen penukar bermangkin telah ditambah baik bagi mengurangkan pelepasan emisi.

Sementara ruang kabin pula dikemaskan dengan BMW Curved Display, menggandingkan skrin info sebesar 12.3 inci dan skrin 14.9 inci dalam satu paparan tunggal, diikuti dengan trim gentian karbon atau opsyen trim kayu Fineline Black atau Silver Ash Root Open Pore.

Di Amerika Syarikat, BMW X5 M Competition dijual pada harga bermula dari $123,295 (RM546,690) sementara BMW X6 M Competition pula berharga $128,195 (RM568,417).