BMW X6 dengan warna hitam paling pekat di dunia - Vantablack VBx2

oleh Mohamad Hanif|
Penggunaan warna yang sesuai boleh melindungi bentuk badan sesebuah kenderaan yang aneh, seperti anda boleh lihat pada Proton Persona, sedan segmen B dari Proton.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Atau SUV coupe dari BMW seperti contoh BMW X6 yang kami paparkan di dalam artikel ini. 

 


Menurut BMW, ini adalah warna hitam yang paling hitam di dunia (kami tidak berniat untuk racist) yang dilayangkan dengan warna Vantablack VBx2. 

Penggunaan bahan di dalam warna ini dikatakan menyerap hampir 99% cahaya - seakan sebuah lohong hitam.

Pencipta warna ini, Surrey Nano System bekerjasama dengan BMW dan agensi kreatif Levitation 29 untuk satu projek 'menggantikan' penggunaan pelekat samaran atau panel tambahan dalam model ujian yang dipandu di jalan raya.
 


Dengan penggunaan warna hitam yang paling hitam ini, ia mampu melindungi sebarang butiran daripada terbocor kepada jurugambar intip yang senantiasa bersedia dengan kamera sebelum dimuat naik ke dalam internet. 

Namun, tanpa sebarang ciri pantulan cahaya, adakah warna ini sesuai untuk digunakan dalam dunia nyata? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, selain LKM tamat tempoh, kenderaan tersebut juga tidak…
Berita Global
Tidak seperti model sedan 7 series dan SUV X7, model X5 dan X6 hanya diberikan naik taraf lampu…
Pelancaran
Sebagai makluman, BMW X6 dibangunkan menggunakan pelantar BMW Cluster Architecture (CLAR) yang sama…