BMW X6 generasi ketiga dilancarkan: varian xDrive40i M Sport, harga RM730 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia melengkapkan lagi penawaran barisan SUV premium dengan melancarkan sebuah lagi model baharu iaitu BMW X6 generasi ketiga, setelah kira-kira sembilan bulan dilancarkan di peringkat global.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai makluman, BMW X6 dibangunkan menggunakan pelantar BMW Cluster Architecture (CLAR) yang sama digunakan untuk membina BMW X5, namun X6 tetap hadir dengan ciri-ciri yang tersendiri bagi membezakannya daripada BMW X5.

Jika dibandingkan dengan model terdahulu, BMW X6 kini memiliki dimensi yang lebih besar, dengan penambahan panjang 26mm, lebar 15mm dan jarak antara roda lebih panjang 42 mm, namun dengan ketinggian yang direndahkan, memberikan perkadaran yang lebih menyerlah.

 


Muka hadapan crossover coupe ini turut diserikan dengan gril buah pinggang yang didatangkan dengan ciri iluminasi 'Iconic Glow'.

Selain daripada itu, ciri standard yang ada pada BMW X6 ini termasuklah lampu utama berkembar BMW Laserlights, bantuan suluhan tinggi dan lampu kabus turut dari jenis LED.

Lampu belakang pula adalah daripada jenis LED tiga dimensi serta menampilkan reka bentuk signatur L BMW.

 


Sebagai sebuah model M Sport, ia didatangkan dengan kelengkapan seperti sistem ekzos, brek, sistem suspensi adaptif serta set rim M 21 inci 741 M Bicolour dengan reka bentuk Y-spoke yang seksi itu.

Kuasa pula hadir daripada enjin 3.0 liter enam silinder sebaris yang mampu menjana 340 kuasa kuda dan 450 Nm, memberikan pecutan sepantas 5.5 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j sahaja.

Penggunaan bahan api pula memberikan pulangan bacaan sekitar 9.0 liter/100 km.

 


Ruang dalaman pula menampilkan rekaan yang serupa seperti kembarnya X5, di mana ia hadir dengan penggunaan bahan upholsteri daripada kulit Vernasca, balutan kulit palsu Sensatec pada papan pemuka, serta stereng balutan kulit M Leather.

Aspek praktikaliti tidak dilupakan apabila BMW X6 ini masih lagi mampu menawarkan ruang kargo sebesar 580 liter yang mampu mencapai sehingga kapasiti 1,530 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat dengan nisbah 40/20/40.

 


Sistem infotainmen BMW Live Cockpit Professional terdiri daripada skrin berkembar 12.3 inci dibantu dengan BMW Operating System 7.0 untuk pengalaman penggunaan yang lebih mengujakan, terutama bagi penumpang belakang menerusi skrin berkembar 10 inci.

Selain daripada sistem audio Harman Kardon 464 watt dengan 14 pembesar suara, BMW X6 ini juga hadir dengan bumbung kaca panoramik, penghadang cahaya matahari manual, slot pengecasan nirwayar dan sistem kawalan iklim empat zon.

 


 
Dari segi keselamatan, varian X6 xDrive40i ini menampilkan pakej bantuan pemanduan yang terkini, merangkumi Driving Assistant Professional yang terdiri daripada Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Penukaran Laluan, Kawalan Pelayaran Aktif dengan fungsi berhenti dan mula, ciri pemantauan titik buta serta Parking Assistant Plus yang dibantu dengan kamera 360 darjah.

Crossover Coupe ini ditawarkan dalam enam warna termasuklah Manhattan, Artic Grey, Riverside Blue, Carbon Black, Mineral White dan Flamenco Red, manakala pilihan warna kulit Vernasca pula adalah hitam dan Tacora Red (tidak terdapat untuk Manhattan dan Riverside Blue).

Sama seperti BMW 8 Series Gran Coupe, BMW X6 xDrive40i turut boleh ditempah di BMW Shop Online dengan yuran tempahan RM5,000 dan bayaran bulanan serendah RM8,328 menerusi Balloon Financing Plan BMW Group.

 


Harga jualan bermula dari RM729,800 (atas jalan tanpa insurans) lengkap dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, program servis berkala percuma, jaminan tayar 2 tahun, BMW Road Asistance, BMW Service Online serta BMW Group Loyalty+.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model sedan 7 series dan SUV X7, model X5 dan X6 hanya diberikan naik taraf lampu…
Berita Global
Atau SUV coupe dari BMW seperti contoh BMW X6 yang kami paparkan di dalam artikel ini.   
Model Terbaharu
Tiang A lebih rendah dan curam ala kereta sport dan tiang C di belakang sudah mirip sebuah coupe,…