BMW X7 Nishijin Edition - tiga unit sahaja untuk pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai meraikan salah satu rekaan unik Jepun, BMW telah melancarkan model SUV X7 Nishijin Edition dengan produksi yang dihadkan kepada tiga unit sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

BMW X7 Nishijin Edition dilayangkan warna Ametrine daripada palet BMW Individual yang diinspirasikan daripada batuan berharga di mana ia dihasilkan menerusi gabungan warna sedia ada Amethyst dan Citrine.
 

X7


Hasilnya, warna ungu yang unik menjadikan model Nishijin ini lain daripada yang lain.

Selain daripada warna yang unik, ruang kabin pula menampilkan rekaan tekstil tradisional Nishijin-ori yang biasanya didapati di daerah Nishijin, Kyoto.
 

XZ


Kemasan tekstil khas ini boleh didapati pada ruang konsol tengah, papan pemuka, dan alas bumbung sebelum dikemaskan dengan aksen warna emas.

Hasil tenunan tangan ini juga boleh dipasangkan pada kunci kereta X7 ini.
 

X7


BMW X7 Nishijin Edition menggunakan asas daripada varian xDrive40d di mana ia dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 3.0 liter diesel turbo yang menghasilkan 335 hp dan daya kilas 700 Nm.

Harga setiap satu BMW X7 Nishijin Edition ini bermula dari 16.8 juta yen (RM639 ribu).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M…
Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk…
Berita Global
Tidak seperti penampilan terdahulu, BMW telah memberikan rupa paras yang lebih berani pada model X7…